CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22348|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri beri perhatian aktiviti keagamaan di Sabah

[Copy link]
Post time 4-2-2024 10:06 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Nizam (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Persatuan Mualat Tawau, Ahaning Abau Abd Malik Abdullah.

TAWAU: Kerajaan Sabah sentiasa memberikan bantuan dan perhatian berkaitan hal ehwal agama Islam supaya aktiviti keagamaan dapat ditingkatkan di negeri ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pelbagai inisiatif dan peruntukan disediakan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan gerak kerja dakwah di seluruh Sabah.

Katanya, semua badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah yang berkaitan hal ehwal Islam terus diberikan bantuan supaya mereka mudah menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua masyarakat.

“Saya percaya Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sentiasa menyediakan peruntukan untuk aktiviti keagamaan termasuklah persatuan mualaf yang ada di negeri ini.

“Justeru, saya yakin peranan NGO sangat diperlukan dalam membantu kerajaan melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mualaf Tawau, di sini hari ini.

Menurutnya, usaha Persatuan Mualaf Tawau yang bergerak aktif mengembangkan visi, misi dan aspirasinya perlu diberikan penghargaan oleh semua pihak.

“Sememangnya bukan mudah untuk menggerakkan sesuatu persatuan tanpa ada pengorbanan daripada semua pihak bagi memastikan kejayaan sesuatu perancangan yang telah dibuat.

“Saya percaya sebarang perancangan dibuat dan yang sedang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan sekiranya mendapat komitmen daripada semua pihak,” katanya.


SIJIL: Nizam menyampaikan sijil penyertaan Kursus Pemantapan Saudara Baharu kepada peserta.

Katanya, saudara baharu juga perlu berusaha memastikan diri mereka dapat memahami agama Islam secara menyeluruh.

“Kelas-kelas bimbingan saudara baharu yang diwujudkan oleh persatuan seperti kelas mingguan dan kelas al-Quran dapat digunakan semaksimanya oleh semua.

“Sekiranya kelas bimbingan ini dapat digunakan semaksimanya, saya yakin dan percaya semakin ramai saudara baharu dapat melaksanakan ajaran Islam dengan sempurna,” katanya.

Nizam turut menyeru semua saudara baharu yang masih belum menjadi ahli Persatuan Mualaf Tawau perlu mengambil kesempatan ini kerana banyak manfaat yang disediakan menerusi persatuan.

“Melalui persatuan ini, golongan mualaf dapat bimbingan berkaitan agama Islam dengan lebih teratur dan dapat mengelak daripada fahaman yang terpesong,” katanya.

Terdahulu, Nizam turut menyampaikan bantuan sebanyak RM5,000 untuk kegunaan aktiviti Persatuan Mualaf Tawau akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055992 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list