CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20991|Reply: 0

[Sabah] Festival Lampoopalooza dijadikan acara tahunan

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:53 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Christina ketika merasmikan majlis itu.

KOTA KINABALU: Festival Lampu Artistik Lampoopalooza akan dijadikan acara tahunan di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, festival yang dianjurkan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) adalah menarik, cantik dan sangat meriangkan pengunjung khususnya program yang melibatkan komuniti tempatan.

"STB perlu wujudkan program baharu untuk menghidupkan suasana bandaraya ini untuk masyarakat setempat dan pelancong.

"Ini adalah kali kedua STB menganjurkan program seumpamanya," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Lampoopalooza 2024 di sini, pada Sabtu.

Katanya, bangunan STB dipilih sebagai lokasi diadakan majlis berkenaan adalah disebabkan ia merupakan tapak bersejarah, pada satu ketika dahulu bangunan itu berfungsi sebagai Pejabat Pos.

Dalam ucapannya, Christina berkata, festival itu adalah sambutan yang menghiburkan dengan gabungan lampu, muzik, makanan dan pelbagai aktiviti.

Katanya, ia bukan sekadar sebagai festival tetapi juga sebagai platform bekerjasama dan perubahan positif.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066227 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list