CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21145|Reply: 0

[Sabah] Cadangan PBB agar Sabah guna tenaga buruh asing perlu dipertimbangkan

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Phoong (depan, lima kanan) bersama para media merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar Sabah menggunakan pekerja asing sebagai sumber tenaga kerja adalah perkara yang wajar diberi pertimbangan.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan Datuk Phoong Jin Zhe berkata, cadangan berkenaan adalah bernas kerana Sabah sehingga kini masih kekurangan tenaga buruh di sesetengah sektor.

"Saya berpendapat perkara ini boleh dipertimbangkan secara serius kerana industrialisasi memerlukan tenaga kerja yang ramai.

"Kita dapat lihat sektor peladangan sebagai contohnya, isu kekurangan tenaga buruh masih berlaku dan ia sangat serius," katanya ketika ditemui selepas mengadakan Makan Tengahari Bersama Media sempena Tahun Baharu Cina 2024 di sini, semalam.

Beliau berkata, kebergantungan terhadap pekerja asing boleh dikurangkan sekiranya kerajaan negeri mampu menggunakan sumber sedia ada di Sabah.

"Kita memerlukan lebih banyak tenaga kerja, dengan Kibing dan SK Nexillis datang membina kilang besar di Sabah, kita berhadapan dengan cabaran mendapatkan tenaga buruh untuk mereka.

"Isu ini sensitif dan saya tahu keadaannya...saya berpendapat rakyat negeri ini wajar mempertimbangkan cadangan daripada PBB kerana cadangan mereka itu mempunyai logiknya.

"Kerajaan secara keseluruhan dan pihak pembangkang harus mempunyai pendapat yang sama mengenai isu," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya Phoong menjelaskan majlis diadakan adalah sebagai tanda terima kasih pihak kementerian kepada komitmed serta usaha pihak media.

"Kami yakin dengan kestabilan politik pada hari ini dan kita tidak akan melihat mana-mana pilihan raya akan diadakan lebih awal," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.373788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list