CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20787|Reply: 0

[Sabah] KTYS serah geran tahunan kepada Persatuan Alumni

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:48 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Geran tahunan berjumlah RM3,500 diserahkan pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) sentiasa menyokong Persatuan Alumni itu menerusi penyediaan geran tahunan.

Geran tahunan berjumlah RM3,500 itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTYS Samin Ongki kepada Presiden Persatuan Alumni KTYS Mohd Pkhruddin Bian pada majlis penyerahan di Kampus KTYS di Sembulan, kelmarin.

Terdahulu, pada perjumpaan Samin dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni KTYS, beliau berharap persatuan itu menumpukan kepada aktiviti menarik minat golongan muda menyambung pelajaran di KTYS.

Beliau berkata, KTYS menawarkan beberapa program kemahiran diri dan menjadi platform untuk menyambung pengajian di universiti.

Samin juga mencadangkan agar alumni menganjurkan program dan aktiviti seperti sukan dan riadah untuk mengeratkan hubungan antara staf, pelajar serta Alumni KTYS.

Dalam pada itu, Mohd Pkhruddin memaklumkan bahawa persatuan alumni itu telah membuat perancangan aktiviti sepanjang tahun 2024.

Katanya antara program yang dirancang adalah kempen derma darah, kebajikan, sukan dan rekreasi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075465 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list