CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5981|Reply: 0

[Sabah] SPRM tahan wanita, dalang utama tipu skim Program Rumah Rakyat ditahan

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:54 PM | Show all posts |Read mode


S.KARUNANITHY

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat di Sandakan.

Sumber berkata, tangkapan membabitkan suspek wanita berumur lingkungan 40 tahun ini dibuat susulan penahanan terhadap dua beranak membabitkan kes yang sama sebelum ini.

Katanya, suspek wanita terbabit menjadi dalang utama sindiket ini di mana pemohon yang terpedaya memberikan wang sekitar RM10,000 sejak tahun lalu dan membabitkan nilai puluhan ribu ringgit.

"Sindiket ini bertindak meminta wang rasuah sama ada secara tunai atau pindahan ke akaun bank dan menjanjikan rumah mesra rakyat termasuk insentif seperti perkakasan rumah kepada orang ramai yang berminat.

"Suspek ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan ketika hadir bagi membantu sisatan kes berkenaan sekitar jam 10.35 malam Sabtu," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek ketiga ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini untuk tampil bagi membantu siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.265918 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list