CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2494|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Allah permudahkan urusan kami' - Ahmad

[Copy link]
Post time 4-2-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD (tengah) bersama isteri dan rakannya yang berbasikal ke Makkah.

Kuala Lumpur: "Seorang daripada sahabat pengembaraan kami terpaksa dihantar pulang disebabkan masalah kesihatan," kata Ahmad Mohd Isa, 36, yang melakukan kembara ekspedisi ke tanah suci Makkah dengan berbasikal bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Ahmad berkata, ahli kumpulan misi kembara itu, Che Saad Nordin, 74, berdepan masalah kesihatan akibat cuaca selepas tiba di Wagah Port, Lahore, Pakistan pada 25 Januari lalu.

Menurutnya, bekas wartawan itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan kesihatannya semakin pulih.

"Pengembaraan kami berempat tetapi semasa sampai di Pakistan selepas merentasi empat negara termasuk Thailand dan India, Che Saad dihantar pulang akibat masalah kesihatan yang semakin merudum.



"Dia tidak tahan sejuk dan cuaca berhabuk di sini. Jadi, tidak sesuai untuk dia yang sudah berumur. Selepas berbincang, kami ambil keputusan dan orang tempatan serta doktor mencadangkan dia dihantar pulang untuk elak perkara lebih teruk berlaku.

"Sekarang dia sudah stabil dan semakin sihat di Malaysia. Insya-Allah, kalau ada rezeki kami berjumpa di Arab Saudi. Basikal miliknya dia hadiahkan kepada sahabat kami di sini," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, eskpedisi itu sudah memasuki hari ke-74 dan mereka kini dalam perjalanan menuju ke Malta, Pakistan.

Katanya, mereka perlu melalui beberapa negara lagi seperti Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Arab Saudi dan menjangkakan tiba di Makkah sebulan sebelum musim haji bermula, Mei depan.

Ahmad berkata, apa yang menjadi cabarannya bersama isteri Noradilah Mohd Shafie, 37, dan seorang lagi rakan Abdul Halim Talha, 57, adalah mengumpulkan dana bagi mendapatkan visa haji.

"Dari segi kesihatan, Alhamdulillah kami bertiga dalam keadaan baik. Basikal kami juga okay. Cuma sekarang kami perlu mengumpul duit bagi mendapatkan visa haji dan muassasah iaitu RM40,000 seorang.

"Sekarang ini baru RM40,000 dapat dikumpul, baki lagi RM120,000 termasuk dengan Che Saad.

"Jadi, apa yang saya buat sekarang adalah menjual buku dan poskad secara dalam talian iaitu di media sosial. Alhamdulillah, ramai rakyat Malaysia yang bantu dengan membeli malah mereka bayar lebih daripada harga asal.

"Kalau soal kewangan pengembaraan ini tidak ada masalah, semuanya sudah cukup," katanya.

Menurutnya, pengembaraan itu juga banyak dipermudahkan selain mendapat bantuan daripada penduduk tempatan di setiap negara yang mereka singgah.

"Setakat ini tidak ada masalah bila setiap kali sampai di negara lain. Semuanya dipermudahkan. Ada ketika kami tidur di masjid atau rumah penduduk tempatan.

"Tapi kalau nak berehat, kami akan menginap di hotel. Pendek kata, Allah permudahkan urusan kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-urusan-kami-ahmad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.462124 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list