CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tidak perlu terburu-buru keluar fatwa hukum makan daging kultur

[Copy link]
Post time 4-2-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Georgetown: Fatwa mengenai hukum memakan daging kultur tidak perlu dikeluarkan secara terburu-buru sehingga diketahui secara jelas sumbernya.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, kesan ke atas manusia dan bahan-bahan bagi penghasilannya juga perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum fatwa dikeluarkan.

"Kita (Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang) berpandangan tidak perlu terburu-buru mengeluarkan fatwa tentang hukum (makan) daging kultur ini sehingga diketahui secara jelas sumber sel tunjang atau penumbuhan tisu daging berkenaan.

"Fatwa dalam isu sedemikian perlu didasarkan kepada beberapa kaedah fiqh seperti 'Ad-dharar yuzal' (menghindari kemudaratan); 'dar'ul mafsadah muqaddam 'ala jalbil maslahah' atau menyingkir kerosakan didahulukan daripada memperoleh kepentingan dan sebagainya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Wan Salim berkata demikian susulan kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang mendapati daging kultur secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya memenuhi syarat.

Menurutnya, pihaknya perlu menunggu fatwa atau pandangan daripada institusi fatwa berwibawa di peringkat global seperti Asembli Fatwa Sedunia, Lembaga Fatwa Mesir di Universiti al-Azhar dan seumpamanya.

"Buat masa kini kita rasa dalam konteks Malaysia masih belum terdesak bagi mengeluarkan fatwa muktamad dalam isu daging kultur ini," katanya.

Terdahulu, MUIS dalam kenyataan MUIS semalam dipetik berkata, keputusan mengeluarkan fatwa itu sejajar dengan peningkatan penekanan sejagat terhadap pengeluaran makanan mampan.

Daging kultur, menurut MUIS, merujuk kepada daging yang dihasilkan menggunakan teknik penumbuhan sel, sama ada melalui penumbuhan tisu, atau sel tunjang yang diambil daripada haiwan.

Ia adalah sumber alternatif daging, berbanding dengan daging haiwan ternakan yang diperoleh secara konvensional.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... makan-daging-kultur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.131232 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list