CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 0

[Selangor] Majlis persaraan guru besar SJKC tema percutian, siap naik ‘skylift’

[Copy link]
Post time 4-2-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video dimuat naik @rumah.kome di TikTok memaparkan majlis persaraan guru besar yang bertemakan percutian.

PETALING JAYA – Sebuah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) mencuri perhatian pengguna media sosial apabila mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar bertemakan percutian dan lapangan terbang.

Menerusi video yang dimuat naik @rumah.kome di TikTok, tema itu dipilih kerana guru besar SJKC Kuang Hwa, Kuantan seorang yang suka bercuti.

Di dalam video berkenaan, terdapat kaunter tiket, pasport untuk penumpang, papan tanda ‘check in’ dan pemeriksaan keselamatan sama seperti suasana di lapangan terbang.

Bukan itu sahaja, para guru yang menjadi pramugara, pramugari dan juruterbang yang memakai pakaian seragam juga kelihatan berarak masuk ke dewan bersama beg bagasi masing-masing.

Selain itu, terdapat juga taklimat jaket keselamatan oleh murid-murid yang mengadakan simulasi diikuti dengan pemberian makanan di atas troli sama seperti di atas kapal terbang.

Di akhir video, guru besar yang bernama Puan Gan itu dihantar menaiki ‘skylift’ yang dihiasi belon berwarna-warni bagi acara gimik seperti sudah ‘berlepas ke udara’.

Difahamkan, idea majlis persaraan ini adalah hasil cadangan daripada penolong kanan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga Ahli Lembaga sekolah.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 502,900 tontonan, 41,800 tanda suka dan 1,691 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendapat idea itu unik dan lari dari kebiasaan majlis persaraan yang diadakan di sekolah-sekolah.

“Akhirnay ada juga orang buat lain dari yang lain. Kalau tak, asyik tema kahwin je bila majlis persaraan,” komen SA.

“Orang kita nak bayar yuran pun liat. Kalau boleh semua nak percuma. Tapi SJKC ini ibu bapa memang sokong habis lah,” komen Al Qudwah.

“Mesti dana PIBG ‘power’. Sebenarnya semua benda atau majlis di sekolah boleh buat mewah untuk anak kalau dana PIBG ‘power’. Malah kita kalau sekolah kebangsaan minta banyak bunyi bising,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -siap-naik-skylift/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050838 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list