CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10923|Reply: 0

[Politik] EDISI PEDIH HINGGA KE ULU HATI!!! Pua, Rafizi adalah 'Kembar Raja Formula' temberang - Puad

[Copy link]
Post time 4-2-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 4-2-2024 12:53 PM



KUALA LUMPUR: Susulan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, mengkritik kepemimpinan UMNO, kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pula tampil menyindir beberapa pemimpin PKR dan DAP.

Mohd Puad dalam kenyataannya, mendakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, sebagai 'Kembar Raja Formula'.

Beliau berkata, ada pihak yang bersorak gembira apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, gagal mendapat pengampunan penuh.

"Kalau DAP sudah tentu Tony Pua-Ram Karpal Singh. Kalau PKR mungkin Rafizi-Hassan Karim.


"Rafizi-Tony raja formula. Formula mereka hangus. Yang bagi hangus ialah Najib. Formula mereka hanya temberang.

"Selagi Najib ada, susah jual formula baru. Mereka kena tutup kedai. Tony dan Rafizi kembar Siam formula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), tol, turun harga barang dan petrol

"Kini mereka lega kerana Najib terus dipenjara. Bolehlah temberang lagi sebagai 'Raja Formula 2.0," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hassan berkata, UMNO perlu membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan dan selagi ia dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.

Dalam perkembangan berkaitan, Hassan menjelaskan, beliau tidak berkecil hati dengan teguran keras oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Sebaliknya beliau berkata, parti itu boleh memecatnya jika menganggap tindakannya bersuara sebagai satu kesalahan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1208474/pua-rafizi-adalah-kembar-raja-formula-temberang-puad

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.336014 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list