CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25098|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bukan buli sebaliknya mahu tagih hutang

[Copy link]
Post time 3-2-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik menafikan melakukan perbuatan buli siber terhadap pempengaruh Cik Pia menerusi hantaran di media sosial sebaliknya mahu menuntut hutang pinjaman dibuat individu terbabit.

Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar berkata, hantaran itu dibuat tanpa ada sebarang niat untuk membuli, sebaliknya mahu pempengaruh terbabit tidak memberi pelbagai alasan bagi mengelak membayar hutang.

Menurutnya, ini kerana wanita itu didakwa berhutang bagi pembayaran pembelian telefon pintar pada September tahun lalu.

"Sebelum ini, setiap hari saya menagih hutang iaitu pembayaran bagi pembelian telefon pintar yang dibuat terhadapnya pada September tahun lalu.



"Namun, dia memberi pelbagai alasan termasuk mahu membayar nanti serta telefon itu adalah pemberian daripada saya sedangkan ia bukan.

"Tindakan saya memuat naik hantaran itu adalah berniat baik dan hanya sekadar untuk menagih hutang. Surah Al-Fatihah bukan sahaja untuk mendoakan orang sudah meninggal dunia tetapi juga boleh mendoakan orang masih hidup," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, dia juga sudah membuat tiga laporan polis berkaitan isu itu dengan kali pertama dibuat pada 5 Disember 2023 dan laporan terakhir pada 18 Januari lalu.

"Dia mendakwa saya ada membuat ugutan terhadapnya, namun sebenarnya perkara sebaliknya berlaku. Ada dalam siaran langsung di akaun media sosialnya dengan jelas mengugut saya.

"Situasi itu menyebabkan saya membuat laporan ketiga baru-baru ini bagi merujuk kepada ugutan yang dibuatnya terhadap saya dalam siaran langsung berkenaan.

Menurutnya, dia menyerahkan kes terbabit kepada peguamnya untuk tindakan seterusnya termasuk urusan saman.

"Saya harap kes ini dapat diselesaikan mengikut undang-undang kerana isu berkenaan masih dibicarakan oleh individu terbabit sehingga kini.

"Apa yang berlaku ini amat menjejaskan saya apabila dikecam sehingga perniagaan saya turut terkena tempias menyebabkan jualan produk juga menurun," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Cik Pia atau nama sebenarnya Norsufia Johari membuat laporan polis berkaitan hantaran dimuat naik seorang usahawan kosmetik di media sosial kononnya bagi menuntut hutang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-mahu-tagih-hutang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.051268 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list