CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26982|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah

[Copy link]
Post time 3-2-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode
KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah


Oleh BERNAMA - Februari 3, 2024 @ 4:33pm



Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek (tiga dari kanan) bergambar pada majlis Sesi Libat Urus Bersama-sana Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Pulau Pinang dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024 di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Transkrian, hari ini. - Foto NSTP/Danial Saad.



NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan pasukan khas untuk penyelarasan semula sistem pendidikan prasekolah di bawah kementerian itu bagi mempercepat reformasi pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata agenda KPM adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta silibus dapat diselaraskan semuanya di bawah kementerian.

"Agenda kita adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu prasekolah dapat kita selaraskan semuanya di bawah KPM sebab itu baru-baru ini, mesyuarat jawatankuasa pasukan petugas khas sudah berlangsung bagi membincangkannya.

"Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa perkembangan yang berlaku dan dijayakan dalam konteks prasekolah ini.

"Antara lain ialah perluasan prasekolah yang akan kita bincangkan dari segi kualiti pendidikan yang juga sebahagian daripada agenda transformasi pendidikan untuk menjayakan isu prasekolah," katanya.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Bersama Lembaga Pengelola Sekolah Pulau Pinang (LPS) dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata Jemaah Menteri pada 24 Januari lalu memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

Sehubungan itu, KPM sudah diarahkan untuk melaksanakan penyelarasan semula sistem pendidikan itu.
- BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049566 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list