CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26894|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu buli MCKK: KPM tunggu tindakan lanjut

[Copy link]
Post time 3-2-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Isu buli MCKK: KPM tunggu tindakan lanjut


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Fadhlina Sidek di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Transkrian. FOTO Danial Saad




Nibong Tebal: Hasil siasatan kes buli membabitkan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak pada September lalu sudah diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi tindakan lanjut.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya sudah selesai menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Berhubung perkara ini (isu buli di MCKK), telah diserahkan kepada pihak authority (berkuasa) untuk meneruskan apa saja tindakan kerana di peringkat KPM (Kementerian Pendidikan), kita telah selesai.

"Ini (sekarang) adalah di peringkat authority yang telah pun dipanjangkan kepada pihak mereka, maknanya kita tunggulah apa tindakan daripada pihak berkaitan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.

Sebelum itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Sesi Libat Urus bersama Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Penyerahan Cek BAP Pulau Pinang di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.

Terdahulu, kertas siasatan kes buli itu dilaporkan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, media pada 9 Disember lalu melaporkan Polis Perak masih menunggu arahan AGC sama ada diteruskan dengan proses pendakwaan atau sebaliknya.

Dalam kejadian pada 24 September lalu, seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah berprestij itu cedera dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mendakwa diserang empat pelajar senior.

Insiden berkenaan didedahkan ibu mangsa menerusi perkongsian di platform media sosial, namun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK meluahkan kekesalan terhadap tindakan itu kerana didakwa memberi imej buruk kepada sekolah terbabit.



Disiarkan pada: Februari 3, 2024 @ 4:00pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.217977 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list