View: 19285|Reply: 0
|
[Terengganu]
Lelaki Myanmar guna kad UNHCR palsu ditahan
[Copy link]
|
|
Azhar menunjukkan kad UNHCR palsu yang dirampas dalam operasi di Besut, semalam. NSTP/Baharom Bakar
JERTEH: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Terengganu kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu dalam Op Kutip dan Op Belanja di bandar Jertih, di sini, semalam.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu antara 154 warga asing yang ditahan dalam operasi diadakan selama 12 jam bermula jam 7 pagi semalam.
Selepas pemeriksaan dilakukan, seramai 24 warga asing termasuk warga Myanmar dikenakan tindakan atas kesalahan Akta Imigresen dan dihantar ke Depot Imigresen Ajil.
"Saya dikenakan bayaran RM150 untuk mendapatkan kad UNHCR daripada seorang rakan di Johor Bharu sebelum ke Terengganu Oktober tahun lalu. Saya tidak tahu kad yang diperoleh ini adalah palsu," dakwa warga Myanmar berkenaan ketika ditemui.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Azhar Abd Hamid, mengesahkan kad UNHCR dimiliki warga Myanmar itu palsu dan pemilik sebenar kad berkenaan adalah seorang wanita.
"Warga Myanmar itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kita akan panjangkan kes kepada Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya.
"Daripada 154 warga asing, termasuk empat kanak-kanak yang ditahan, seramai 25 orang ditahan di bawah Akta Imigresen iaitu Seksyen 6(1)(c) tiada dokumen pengenalan diri, 15 (1) (c) tinggal lebih masa dan Peraturan 39 (b) melanggar syarat pas," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... unhcr-palsu-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|