CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18813|Reply: 0

[Selangor] Aktiviti 'Ali Baba' penyebab monopoli peniaga warga asing

[Copy link]
Post time 3-2-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Fauzi dan Khairrul Aminus turut serta dalam Op Bersepadu di Pasar Borong Selangor, awal pagi hari ini. FOTO Raja Noraina Raja Rahim

Serdang: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesan masih wujud kegiatan menyewakan tapak perniagaan dan lesen perniagaan kepada warga asing di Pasar Borong Selangor, di sini, dengan lebih 10 gerai diusahakan peniaga warga asing.

Datuk Bandar MBSJ, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, kegiatan oleh orang tempatan kepada warga asing yang digelar 'ali baba' itu menyumbang kepada lambakan dan monopoli perniagaan warga asing di kawasan berkenaan.

"Secara keseluruhan terdapat sebanyak 384 tapak perniagaan bahan mentah di pasar itu.

"Kita kesan ada belasan gerai yang memberi lesen kepada warga asing atau ali baba ini dan kita akan mengenal pasti pemiliknya untuk tindakan pembatalan lesen," katanya selepas Op Bersepadu di sini, hari ini.



Beliau berkata, pihaknya sering menjalankan pemantauan dan operasi penguatkuasaan di lokasi itu bagi memastikan aktiviti terbabit tidak berleluasa.

Untuk rekod, katanya, sebanyak 11 operasi dijalankan sejak 2019 dan sebanyak 161 Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mohd Fauzi berkata, operasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor turut memeriksa premis yang melanggar syarat lesen seperti menggunakan pekerja warga asing.

Katanya, pemantauan berkala akan dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan dan syarat ditetapkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... peniaga-warga-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list