CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17662|Reply: 0

Piala Asia: Jepun siap siaga hadapi Iran

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode

JEPUN mara ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Bahrain pada pusingan 16 terbaik, Rabu lalu. – AFP

DOHA – Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu kini menyerahkan kepada para pemainnya untuk melunaskan tanggungjawab penting pada aksi suku akhir ­Piala Asia 2023 menentang Iran di Stadium Education City malam ini.

Tanggungjawab dipikul barisan pemain Samurai Biru ternyata cukup besar untuk memburu kejua­raan Piala Asia buat kali kelima kerana Moriyasu sedar skuad bimbingannya belum lagi sempurna.

“Semua pasukan di Piala Asia semakin baik dan tahap permainan bola sepak juga sudah meningkat. Saya fikir (menentang Bahrain) kami tidak berada pada tahap terbaik dan masih ada perkara perlu dibaiki.

“Sudah pasti tidak akan ada perlawanan yang sempurna dan saya perlu akui hakikat itu. Kami harus segera melakukan penambahbaikan untuk menghadapi perlawanan selepas ini.

“Apapun kami juga sudah me­nunjukkan peningkatan se­perti pasukan lain dan kini segala­nya bergantung kepada usaha ­pemain,” katanya.

Jepun muncul sebagai salah satu pasukan terbaik daripada aspek penyudah, namun kualiti pertahanan menjadi kebimba­ngan Moriyasu kerana bolos dalam kesemua empat aksi terdahulu termasuk semasa bertemu dua wakil Asia Tenggara, Vietnam dan Indonesia.

Bagi mengulangi penca­paian selaku juara pada edisi 2011, Jepun kini perlu tampil lebih kebal memandangkan Iran ­begitu bermotivasi tinggi untuk menamatkan penantian 48 tahun dengan menoktahkan kejuaraan Piala Asia buat kali keempat. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -siaga-hadapi-iran/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037329 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list