CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8430|Reply: 0

EPL: Mainoo legakan resah Ten Hag

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

MAINOO muncul wira United selepas meledak gol kemenangan United pada hujung perlawanan ketika menewaskan Wolves. - AFP

WOLVERHAMPTON – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui perasaannya bercampur baur ketika menyaksikan pasukannya mensia-siakan kelebihan dua gol ketika mendahului perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Molineux itu, United memerlukan sentuhan pemain mudanya, Kobbie Mainoo pada masa kecederaan untuk mencatat kemenangan 4-3 biarpun berjaya menguasai permainan untuk mendahului perlawanan 2-0 dalam 22 minit perlawanan menerusi Marcus Rashford dan Rasmus Hojlund.

Babak kedua menyaksikan United gagal mempamerkan aksi terbaik seperti separuh masa pertama apabila mereka bolos hasil sepakan penalti Pablo Sarabia sebelum Scott McTominay menambah jaringan ketiga.

Bagaimanapun, mereka seakan hilang rentak apabila Wolves berjaya meraih gol kedua menerusi Max Kilmann dan menyamakan kedudukan menerusi Pedro Neto ketika lima minit masa tambahan berlangsung.

Namun, Ten Hag mampu menarik nafas lega apabila Mainoo melakukan sepakan lencong menarik kira-kira dua minit kemudian untuk mereka meraih gol kemenangan dan membawa pulang tiga mata.

“Perasaan saya bercampur ketika ini. Dari satu sudut, ia sangat menggembirakan. Sudah tentu ia kemenangan yang penting.

“Namun, sebagai pengurus anda melihat pasukan berjaya mendominasi perlawanan untuk tempoh sejam dan kami sepatutnya mampu meraih tiga atau empat gol dalam tempoh tersebut.

“Cara kami bolos juga tidak begitu menyenangkan, kami sepatutnya bermain dan bertahan lebih baik supaya situasi seperti itu tidak berlaku.

“Kami perlu mengatasi kesilapan seperti ini supaya ia tidak berlaku lagi. Namun, saya tetap gembira dengan persembahan pasukan dan beberapa pemain secara individu untuk mendapatkan kemenangan ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... akan-resah-ten-hag/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.200517 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list