CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4969|Reply: 1

[Kedah] Jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan

[Copy link]
Post time 3-2-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan


Oleh Zuliaty - Februari 3, 2024 @ 7:31am




SUNGAI PETANI: Jenazah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam nahas di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Gurun, semalam selamat dikebumikan malam tadi.

Terdahulu, jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas selesai proses bedah siasat.

Van yang membawa jenazahnya kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wajdi di Bukit Selambau dan tiba di situ pada jam 11.30 malam tadi.

Ahli keluarga Allahyarham kemudian diberi peluang selama 30 minit untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah sebelum jenazahnya disolat dan diimamkan oleh bilal masjid berkenaan, Osman Yaacob.

Keranda Allahyarham dibalut dengan bendera negara sebelum dibawa ke tanah perkuburan oleh pasukan tentera yang berpakaian seragam upacara putih.

Bendera itu kemudiannya diserahkan kepada Panglima 30 Briged Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim untuk diserahkan kepada keluarga.

Lebih 200 ahli keluarga dan rakan sekerja berkumpul di tanah perkuburan ketika jenazah dikebumikan kira-kira jam 12.30 pagi.

Ibu bapa serta adik-beradiknya kelihatan sedih sepanjang pengebumian anak kedua dari empat beradik itu yang berakhir kira-kira jam 12.50 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nur Hasni Ishak, 32, dan pasangan itu sudah berkahwin hampir tiga tahun.

Mohd Hafiz dan dua rakannya disahkan maut dalam nahas jam 10.30 pagi di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan , dekat Gurun selepas mereka dirempuh sebuah lori syarikat kurier sewaktu sedang memeriksa sebuah lori tentera yang rosak.

Mohd Hafiz dan dua lagi mangsa, Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40, dari Rejimen Sempadan Pengkalan Hulu menaiki konvoi tiga buah lori tentera.

Mereka sedang menuju ke Kem Bukit Cowder di Kangar, Perlis untuk menjemput tentera yang menyertai Latihan Satria Gagah ketika kejadian berlaku.

Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Jenazah Rozali dibawa pulang ke Besut, Terengganu manakala jenazah Asri dibawa pulang ke Jeli, Kelantan untuk urusan pengebumian awal pagi hari ini.




Ibu kepada Mohd Hafiz (gambar kecil), Ruzita Zulkifli menyiram air mawar di kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Wajdi di Bukit Selambau. - Foto NSTP/Adie Zulkifli

Jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan (bharian.com.my)







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2024 09:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.079327 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list