CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13313|Reply: 3

[Kedah] Identiti tiga tentera maut kemalangan dikenal pasti

[Copy link]
Post time 2-2-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Identiti tiga tentera maut kemalangan dikenal pasti

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
02 Februari 2024 03:48pm




Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 75 Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat. Foto JBPM Kedah




ALOR SETAR - Identiti tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 75 Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat telah dikenal pasti.

Ketiga-tiga mereka dikenali sebagai Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, Koperal Mohd Asri Idris, 40, dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, tiga trak tentera terbabit dipercayai dari 3 Rejimen Sempadan ke Markas 30 Briged yang mengambil anggota menjalani Eksesais CPX.

Menurutnya, kesemua trak tentera itu bergerak secara konvoi dan pergerakan kenderaan itu mengikut kadar kelajuan 70 kilometer sejam dan jarak antara kenderaan lebih kurang 50 meter.



"Pada jam kira-kira 10.30 pagi, sebuah trak tentera dipercayai mengalami kerosakan dan kemudian berhenti di sebelah kiri lebuh raya.

"Namun secara tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah sama merempuh kenderaan tentera yang berada di sebelah kiri laluan lebuh raya itu menyebabkan tiga anggota tentera terbabit maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk bedah siasat.




Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan tiga anggota tentera maut dalam nahas empat kenderaan melibatkan tiga trak tentera dengan sebuah lori Isuzu di Lebuhraya Plus arah utara pada Jumaat.

Ketiga-ketiga mangsa termasuk pemandu trak tentera disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori cedera di bahagian kepala dan badan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2024 04:59 PM | Show all posts
Lori tentera rosak sebelum dirempuh - Polis


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Kemalangan yang membabitkan tiga buah lori tentera dan sebuah lori syarikat kurier di Kilometer Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara yang menyebabkan tiga anggota tentera maut. FOTO IHSAN PDRM




Sungai Petani: Tiga anggota tentera yang maut dalam dirempuh sebuah lori yang terbabas di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara hari ini bertugas di Kem 3 Rejimen Sempadan, Pengkalan Hulu, Perak.

Mangsa dikenali sebagai Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, Koperal Mohd Asri Idris, 40, dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku jam 10.30 pagi di lokasi kejadian membabitkan tiga buah lori tentera jenis Hicom dengan sebuah lori syarikat kurier.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi terbabit mendapati semua lori tentera terbabit bergerak dari Kem 3 RS menuju ke Kem 30 Briged, Perlis manakala lori syarikat kurier itu bergerak dari Kulim hendak ke Alor Setar untuk menghantar bungkusan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila tiga buah lori tentera terbabit berhenti di lorong kecemasan kerana salah sebuah lori tentera itu mengalami kerosakan.

"Namun secara tiba-tiba datang sebuah lori syarikat kurier dari arah belakang lorong kiri dipercayai melanggar bahagian belakang lori tentera yang rosak itu.

"Perlanggaran itu menyebabkan lori kurier terbabit berpusing ke kiri dan melanggar pula bahagian belakang sebelah kanan sebuah lagi lori tentera yang berada di kedudukan tengah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, lori tentera kedua yang dilanggar itu kemudian menggelongsor ke hadapan terlanggar bahagian belakang lori tentera yang berada di kedudukan paling hadapan.

Beliau berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga pemandu lori tentera itu dipercayai berada di sebelah sisi kanan lori tentera yang mengalami kerosakan paling awal itu.

"Akibat kemalangan, ketiga pemandu lori tentera terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori syarikat kurier terbabit mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

"Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke unit Forensik HSB untuk dibedah siasat," katanya.

Zaidy berkata, pemandu lori syarikat kurier berusia 31 tahun yang beralamat di Alor Setar itu patah kaki kiri dan cedera di kepala akibat kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Disiarkan pada: Februari 2, 2024 @ 4:27pm








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2024 08:19 PM | Show all posts

TDM siasat nahas trak tentera di Gurun

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
02 Februari 2024 07:23pm




Laporan Sinar Harian




ALOR SETAR - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes kemalangan tiga anggota TDM di Kilometer 75 Lebuh raya Utara Selatan pada Jumaat.

TDM dalam satu kenyataan turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.



"Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM turut menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota atas kehilangan mengejut ini.

"Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran serta ketabahan untuk menerima ketentuan ALLAH SWT," ujarnya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2024 08:22 PM | Show all posts

Tiga anggota yang maut dalam kemalangan terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058130 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list