CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6555|Reply: 0

[Kedah] Kawasan tadahan Gunung Jerai alami penyusutan

[Copy link]
Post time 2-2-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Kawasan tadahan Gunung Jerai alami penyusutan

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
02 Februari 2024 01:54pm




Gambar menunjukkan kawasan tadahan Gunung Jerai di Yan dilihat mengalami penyusutan kesan daripada cuaca panas yang berpanjangan. - Foto: Sada




ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (Sada) Sdn Bhd melaporkan kawasan tadahan Gunung Jerai di Yan dilihat mengalami penyusutan kesan daripada cuaca panas yang berpanjangan.

Agensi itu berkata, antara tindakan jangka masa segera yang diambil oleh pihaknya adalah dengan menjalankan aktiviti pembersihan mendapan pasir di kawasan tadahan dan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) yang terkesan bagi meningkatkan kuantiti air mentah untuk diproses.



Menurutnya, kawasan tadahan ini membekalkan sumber air mentah kepada tiga buah loji rawatan air (LRA) jenis Headworks di daerah Kuala Muda Iaitu LRA Tupah, LRA Merbok dan LRA Gurun.

“LRA Headworks beroperasi secara separa rawatan dan bergantung sepenuhnya kepada kualiti dan kuantiti air mentah semasa.


Antara tindakan jangka masa segera yang diambil oleh pihaknya adalah dengan menjalankan aktiviti pembersihan mendapan pasir di kawasan tadahan dan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA). - Foto: Sada






“Sada turut menggerakkan lori tangki ke rumah-rumah yang terjejas dengan gangguan bekalan air secara berjadual serta menempatkan tangki-tangki statik di kawasan strategik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, hal ini selaras dengan kehendak peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 54(3), Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) iaitu SADA bertanggungjawab memastikan kelangsungan bekalan air terawat kepada pengguna.

Dalam pada itu, Sada turut mengingatkan para pengguna agar terus berhemah dalam menggunakan air bagi memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan.


Tambah agensi itu, sebarang aduan atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline 1300 88 0017 atau menerusi aplikasi WhatsApp 011-65210500 dan menerusi e-mel aduan@sada.com.my.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069486 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list