ANUGERAH: Hajiji menerima pemakaian pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah daripada Mohamed Khaled dan Muhammad Harizuddeain.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Sabah.
Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Harizuddeain Jantan di pejabat Ketua Menteri, hari ini.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah memperkenankan syor Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-592 bagi penganugerahan pangkat tauliah kehormat Askar Wataniah kepada Hajiji.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Pemerintah Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.
|