CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3991|Reply: 0

[Sabah] Bekas pengarah GLC buat tuntutan palsu didenda RM36,000

[Copy link]
Post time 2-2-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Tertuduh (tengah) selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang bekas pengarah kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didenda RM36,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi tuntutan bayaran kerja-kerja perkhidmatan berjumlah RM25,010 enam tahun lalu.  

Hakim Jason Juga, membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh Hasnawi Dawi, 48, dan mensabitkannya dengan ketiga-tiga pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan itu, Hasnawi dengan curangnya telah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu Sijil Siap Kerja masing-masing bertarikh 30 November 2017, 11 Disember 2017 dan 19 Januari 2018 atas nama Syarikat Usaha Maju Engineering untuk menipu.

Kesemua dokumen itu digunakan untuk mendapatkan bayaran tuntutan bagi dua kerja penggantian Insullation Pipeline Pump dan kerja membekal serta menyediakan tenaga kerja, bahan dan pengangkutan untuk membuat kerja-kerja mengganti lantai di Tingkat 1 Bangunan Plant sedangkan semua kerja-kerja berkenaan tidak pernah dilakukan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Sahabat Oil Product, FGV Refineries Sdn Bhd, antara November 2017 hingga Januari 2018.

Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsham Saharom sementara tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinke.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, Mahkamah memerintahkan hukuman denda sebanyak RM12,000 bagi setiap pertuduhan keatas tertuduh selain hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh kemudian membayar denda itu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.122068 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list