CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4001|Reply: 0

[Sabah] Ruslan ingatkan pemimpin masyarakat supaya jalankan tanggungjawab

[Copy link]
Post time 2-2-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pemimpin masyarakat yang diraikan dalam majlis amanat itu.

BEAUFORT: Pemimpin masyarakat diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab masing-masing di peringkat akar umbi bagi menjayakan sebarang aspirasi kerajaan dengan memberi khidmat kepada seluruh lapisan rakyat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, ia penting bagi memastikan rakyat khususnya di komuniti masing-masing menikmati manfaat hasil daripada dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan.

Beliau juga mengingatkan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung (KK) supaya menjalankan peranan masing-masing sesuai jawatan yang disandang bagi mengelak daripada berlakunya percanggahan.

Mengulas lanjut, Ruslan berkata, walaupun kedua-dua pemimpin masyarakat mempunyai peranan di peringkat akar umbi namun skop tugasan jawatan berbeza dan sebaiknya masing-masing menjalankan tanggungjawab, bagi memastikan kelancaran pengurusan.

Tambahnya, walaupun berbeza skop tugasan namun adalah digalakkan bagi kedua-dua pemimpin masyarakat menjalin kerjasama yang baik bagi membawa kemajuan di kampung masing-masing demi kesejahteraan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat dan Apresiasi Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung DUN Lumadan yang diadakan di Dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), baru-baru ini.


BERKHIDMAT: Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian petugas UPPM Lumadan yang diraikan pada majlis amanat itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut menyeru kepada JKKK dan KK supaya memberi galakan kepada penduduk di kawasan masing-masing untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ini penting kerana dikhuatiri golongan sasar akan tercicir daripada sebarang bantuan daripada kerajaan.

Justeru Ruslan berharap KK dan JKKK serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Lumadan yang turut hadir pada majlis amanat akan bersama-sama menjayakan PADU, yang hanya dibuka sehingga hujung Mac ini.

"Saya harap semua yang hadir hari ini dalam majlis amanat memahami taklimat yang diberikan pada awal majlis bagi menggalakkan rakyat di akar umbi membuat pendaftaran sesegera yang mungkin sebelum Mac ini, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055318 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list