CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3725|Reply: 0

[Sabah] Kerja pembaikan secara makro Wisma SESB mula tahun ini

[Copy link]
Post time 2-2-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode


WISMA SESB: Bangunan Wisma SESB yang akan mula dibaiki dan diselenggara secara makro tahun ini. Gambar ihsan SESB

KOTA KINABALU: Bermula tahun ini, kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan secara makro akan dilaksanakan melibatkan bangunan Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini.

Menurut kenyataan SESB, bangunan Wisma SESB yang berusia sekitar 48 tahun mengalami beberapa masalah konkrit dan perlu menjalani kerja pembaikan.

Kelemahan dari bahan pembangunan dahulu yang banyak menggunakan pasir laut menyebabkan beberapa bahagian bangunan mengalami keretakan dan kelemahan struktur.

Selain itu, persekitaran dan cuaca tropika di Sabah menyebabkan bangunan berkenaan terdedah kepada kelembapan dan pancaran matahari terik.

Keadaan itu menyumbang kepada pembentukan kulat, kerosakan cat dan permukaan bangunan.

SESB turut mengambil pelbagai usaha untuk menangani masalah keusangan bangunan Wisma SESB termasuk merancang penstrukturan dalaman yang lebih moden dan kondusif.

Tindakan itu bagi memastikan Wisma SESB dapat terus berfungsi sebagai pusat inovasi dalam industri elektrik.

Kolaborasi dengan pakar teknologi tempatan dan penyelesaian inovatif seperti penggunaan ruang yang lebih baik turut menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan bangunan itu.

Namun, usaha menyeluruh dalam pemuliharaan struktural bangunan Wisma SESB secara berkala supaya terus memberi manfaat kepada masyarakat Sabah, tidak lagi dapat diteruskan berikutan keadaannya yang semakin uzur.

Selain itu, isu kekurangan ruang bagi menampung kemudahan moden dan berkualiti juga menjadi kekangan kepada usaha memperbaharui atau memodenkan bangunan.

Sehubungan itu, pihak SESB akur untuk keluar dan berpindah ke lokasi pejabat baharu demi keselamatan pekerja dan orang awam secara keseluruhannya.

Wisma SESB dibina pada 1976 dengan ketinggian 10 tingkat dan antara bangunan yang lama dibina di sekitar ibu negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.403038 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list