CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8493|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu Konsert Ed Sheeran: 'Saya sudah nasihat... terpulang' - Mufti

[Copy link]
Post time 1-2-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Isu Konsert Ed Sheeran: 'Saya sudah nasihat... terpulang' - Mufti

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
01 Februari 2024 10:30am




Wan Salim (Laporan Sinar Harian pada Rabu.)




GEORGE TOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tidak kisah sekiranya nasihat beliau agar penganjuran konsert seorang artis antarabangsa yang akan diadakan di negara ini dibatalkan tidak diendahkan.

Wan Salim berkata, beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mufti untuk menasihati berdasarkan ilmu yang dikurniakan ALLAH SWT kepadanya.



Menurutnya lagi, sebagai seorang mufti, beliau hanya mampu mencegah kemungkaran secara lisan (perkataan).

"Saya tidak kisah jika nasihat yang diberikan hanya ibarat mencurah air di daun keladi. Saya hanya mahu mendapat kemaafan Tuhan kerana telah melaksanakan kewajipan amar makruf nahi munkar.



"Sikap saya seperti yang diceritakan di dalam al-Quran, surah al-A’raf, ayat 162 yang bermaksud, dan ingatlah ketika satu kumpulan dalam kalangan mereka (Bani Israel) berkata, "Kenapa kamu menasihati satu kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka (di dunia) dan menyeksa mereka (di akhirat) dengan siksaan yang dahsyat?’

"Mereka menjawab, "Agar kami ada alasan (telah melaksanakan tanggungjawab) kepada Tuhan kamu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Wan Salim berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengesahkan penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Februari depan akan diteruskan seperti yang dijadualkan buat masa ini.

Fahmi dilaporkan berkata, beliau juga telah merujuk mengenai perkara tersebut kepada Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL).




Tambah Wan Salim, beliau akan terus menyuarakan pandangan dan nasihat yang dirasakan benar berdasarkan ilmu yang dikurniakan ALLAH SWT kepadanya.

"Dalam usia yang mencecah 80 tahun, tiada apa yang saya impikan lagi di dalam kehidupan ini selain keredaan ALLAH SWT. Saya akan terus menyuarakan pandangan dan nasihat.








"Saya tiada kemampuan untuk mengubah kemungkaran dengan tangan (kuasa), namun saya masih mampu memberi nasihat kepada pihak yang ada kuasa.

"Terserah lah kepada pihak tersebut sama ada mahu menerima nasihat atau sebaliknya. Kita semua lambat laun akan kembali jua ke hadrat-Nya dan akan disoal tentang segala yang dilakukan semasa hidup di dunia," ujarnya lagi.

Pada Rabu, Wan Salim menggesa kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital agar membatalkan segera kebenaran untuk mengadakan konsert tersebut.

Beliau berkata, penganjuran konsert melibatkan artis luar negara yang dikatakan penyokong tegar komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dibenarkan untuk mengadakan konsert di negara ini amat dikesali.

Wan Salim turut meminta kementerian berkenaan agar menghormati pandangan para mufti yang menyatakan hukum syarak berhubung penganjuran konsert tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, penyanyi berasal dari United Kingdom, Ed Sheeran bakal membawa konsert jelajahnya ' − = ÷ ×' atau ED The Mathematics Tour ke beberapa buah negara Asia, termasuk Malaysia.

Konsert tersebut dijadualkan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Februari 2024.

Menerusi hantaran poster konsert berkenaan, seorang lagi penyanyi, Calum Scott juga akan dibawa sebagai penyanyi jemputan dalam konsert berkenaan.

Ini merupakan kali kedua bagi artis tersebut untuk mengadakan konsert jelajahnya di Asia.

Kali pertama Ed Sheeran mengadakan konsert di Asia adalah pada 2019.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.136699 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list