CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9555|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan' - NGO

[Copy link]
Post time 30-1-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan' - NGO


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 30, 2024 @ 4:32pm bhnews@bh.com.my




Wakil NGO menyerahkan surat bantahan pembinaan asrama warga asing di Teluk Kumbar kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul (empat dari kiri) di Perkarangan Komtar hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Gerakan membantah projek pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, di sini, sedia menggunakan langkah provokatif termasuk berkampung di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sekiranya kerajaan negeri berkeras meneruskan projek itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar, Prof Datuk Dr Muhammad Idiris Saleh, berkata setakat ini pihaknya masih menggunakan pendekatan diplomasi, namun tidak dapat menghalang apa jua bentuk tindakan diambil penduduk sebagai tanda protes terhadap projek berkenaan.

"Rundingan sudah dibuat, dengan persatuan serta pertubuhan lain yang menyokong kita masih mengikut landasan yang saya bawa iaitu menggunakan pendekatan diplomasi.

"Namun kalau keputusan masih tidak memihak kepada kita, mungkin hala tuju bantahan akan menggunakan cara lain.

"Kami telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) pada 9 Januari lalu, tetapi sehingga hari ini belum mendapat kata putus sama ada projek itu akan dibatalkan atau tidak," katanya ketika ditemui media di KOMTAR, hari ini.

Terdahulu Idiris hadir memberi sokongan kepada lebih 30 individu mewakili lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bagi mendesak projek itu dibatalkan.

Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul.

Jurucakap kumpulan NGO berkenaan, Ahmad Yakqub berkata, lebih 5,000 anggota pertubuhan terbabit termasuk Pertubuhan Seni Silat Merong Mahawangsa, Pertubuhan Seni Silat Gayong Penggerak dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad tinggal di sekitar tapak yang dicadang untuk dibangunkan asrama berkenaan.

Beliau berkata, penyerahan memorandum menunjukkan pihaknya masih membuka pintu rundingan secara aman dengan kerajaan negeri terhadap projek yang dikhuatiri memberi impak sosial negatif kepada penduduk setempat.

"Jangan sampai kami bermalam di bangunan KOMTAR 10 hari sambil bakar ikan setiap malam... kami boleh lakukannya dan kami pernah gambil tindakan protes seumpama itu untuk siri bantahan isu lain beberapa tahun lalu.

"Kami harap kerajaan negeri mendengar suara kami dan memahami hasrat kami. Lagipun projek itu turut dibantah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kerajaan negeri sendiri, jadi kami mohon jasa baik memandang serius isu ini," ujarnya.

Media pada Disember lalu melaporkan lebih 1,000 penduduk di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi menolak projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan itu.

Susulan itu, Ketua Menteri Kon Yeow memberi penjelasan, projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar yang dibantah sebenarnya mempunyai kapasiti 7,860 berbanding jumlah dinyatakan penduduk.

Media turut melaporkan cadangan membina asrama di lot 1859, 1860 dan 1865 berhampiran Bandar Baru Perda hanya berkeluasan kira-kira 0.83 hektar dan jarak paling hampir dengan rumah penduduk ialah 100 meter sebagai tidak masuk akal, selain tiada sesi pertemuan, libat urus bersama penduduk sebelum rancangan itu dikemukakan.

Difahamkan cadangan pembinaan asrama 27 tingkat itu telah mendapat kebenaran merancang secara bersyarat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 164564 Replies : 3953
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5116 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8429 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26723 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.970107 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list