CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10195|Reply: 0

[Perak] Pembantu kedai didenda RM7,000 cabul warga Sepanyol, miliki video lucah

[Copy link]
Post time 30-1-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Ipoh: Pembantu kedai runcit dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencabul kehormatan wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, minggu lalu.

Muhammad Aiman Danial Mohd Najib, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Siti Nora Sharif.

Siti Nora menetapkan tertuduh didenda RM5,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan mencabul; serta denda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa berusia 22 tahun itu di Lorong Seni @ Lorong Panglima Ipoh, di sini iaitu berhampiran dengan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), 7 petang 24 Januari lalu.



MUHAMMAD Aiman Danial dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, minggu lalu. FOTO L Manimaran

MUHAMMAD Aiman Danial dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, minggu lalu. FOTO L Manimaran

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki video lucah yang terdapat dalam sebuah telefon bimbit di tepian Jalan C.M. Yusuff, Taman Jubilee, di sini kira-kira 6 petang 25 Januari lalu.

Kedua-dua kesalahan dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 292 (a) KK, masing-masing.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.

Nur Aqilah meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kesan emosi perbuatan tertuduh terhadap mangsa.

Bagaimanapun Gnanarajan meminta mahkamah mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman denda terhadap tertuduh dengan mengambil kira tertuduh yang berpendapatan sekitar RM50 sehari sebagai pembantu kedai runcit mengakui kesilapannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -miliki-video-lucah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049601 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list