CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10608|Reply: 0

[Selangor] 3 keldai dadah bawa 36.53 kg syabu ditahan

[Copy link]
Post time 30-1-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Hussein menunjukkan barang rampasan dadah jenis Methamphetamine pada sidang akhbar berhubung kejayaan tangkapan dan rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

SEPANG – Cubaan tiga sekawan termasuk sepasang suami isteri menyeludup dadah syabu dianggarkan seberat 36.53 kilogram gagal apabila mereka ditahan polis di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di sini, pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, penahanan dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun itu dijalankan kira-kira pukul 10.30 pagi oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Polis telah merampas sebanyak 38 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine yang sedang dibawa oleh ketiga-tiga suspek di dalam tiga buah bagasi.

“Siasatan awal mendapati suspek mahu menuju ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Miri, Sarawak pada pukul 12 tengah hari,” katanya menerusi sidang akhbar di IPD Sepang hari ini.

Menurut beliau, tangkapan tersebut dibuat hasil maklumat diterima daripada polis Miri yang berjaya menahan seorang individu bersama bagasi berisi dadah.

Jelasnya, siasatan lanjut turut mendapati ketiga-tiga suspek bertindak sebagai keldai dadah yang diupah sebanyak RM10,000 bagi membawa dadah dari ibu negara ke negeri tersebut dan dipercayai aktif melakukan aktiviti itu sejak pertengahan tahun lalu.

“Ini adalah kali ketiga mereka lakukan (seludup dadah). Dua kali sebelum ini mereka berjaya melepaskan diri sampai ke Sarawak dan kali ketiga pihak polis berjaya mengesan dan menangkap suspek,” ujarnya.

Tambahnya lagi, nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah dianggarkan bernilai RM1.2 juta dipercayai untuk pasaran di sekitar Sarawak.

Jelasnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... 3-kg-syabu-ditahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.671573 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list