CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10758|Reply: 0

[Perak] Bekas guru taska kekal mengaku tidak bersalah abai budak autisme

[Copy link]
Post time 30-1-2024 03:50 PM | Show all posts |Read mode

ESTHER CHRISTINA (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh bagi pertuduhan meninggalkan kanak-kanak di bawah jagaannya tanpa pengawasan hingga mengakibatkan mangsa mati lemas.

IPOH – Seorang bekas guru taska yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika didakwa semula bagi pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Esther Christina Samuel Ponniah, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Pada 12 Julai 2023, ibu tunggal itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meninggalkan kanak-kanak di bawah jagaannya tanpa pengawasan hingga mengakibatkan mangsa lemas.

Majistret Siti Nora Sharif kemudian memerintahkan tertuduh dilepas tanpa dibebaskan sebelum kes dituduh semula di Mahkamah Sesyen.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas V. Thanes Nair, 4, meninggalkan mangsa tanpa pengawasan dan pemeliharaan untuk satu tempoh yang tidak berpatutan.

Kesalahan dilakukan di kolam renang The Centro Club, Bandar Baru Sri Klebang di sini pada pukul 10.20 pagi, 17 April 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-kanak 2021 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj mencadangkan ikat jamin sebanyak RM15,000 berserta syarat tambahan tidak boleh mendekati keluarga, saksi pendakwaan selain perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan.

Peguam Gary Xavier memohon jaminan RM2,500 di Mahkamah Majistret dikekalkan dengan mengambil kira keadaan tertuduh yang sudah tidak mempunyai pendapatan tetap selain perlu menjaga ibu berusia 80 tahun yang uzur. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... nak-kanak-autistik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.154726 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list