CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8151|Reply: 0

[Selangor] 72,929 calon duduki SPM di Selangor

[Copy link]
Post time 30-1-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

Para pelajar mengaminkan doa di tapak perhimpunan sebelum memasuki pusat peperiksaan di SMK Seksyen 7, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI KOSMO!

SHAH ALAM – Seramai 72,929 calon termasuk persendirian menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 di seluruh Selangor tahun ini.

Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Hanisah Mohd. Ali berkata, ini melibatkan 491 buah pusat peperiksaan seluruh negeri ini dengan sejumlah 8,046 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Katanya, JPN Selangor juga telah melantik seramai 1,062 petugas sukarelawan daripada kalangan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT), pesara kerajaan dan pesara swasta.

“Calon SPM paling ramai di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana dengan membabitkan 13,755 individu atau 18.9 peratus daripada calon berdaftar di negeri ini.

“Setiap calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan penyata pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Selain itu, mereka turut dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Bilik Operasi JPN di talian 03-55186114 sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan bencana,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan SPM kertas Bahasa Melayu 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7 di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati calon SPM itu hadir seawal pukul 6.30 pagi dengan dibekalkan sarapan pagi oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Mereka kemudiannya berhimpun di tapak perhimpunan sebelum membaca surah yasin dan doa bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Dianggarkan seramai 365 calon SPM bagi sekolah tersebut selain dua calon menumpang.

Dalam pada itu, seorang pelajar ditemui di luar pekarangan sekolah, Aameera Nur Iman Shamsul Ashikin, 18, berkata, dia telah melakukan persiapan sejak dua bulan lalu selain mengamalkan solat sunat seperti tahajud.

“Ibu bapa bagi doa dan zikir supaya dipermudahkan urusan untuk menjawab soalan bagi lapan mata pelajaran yang saya ambil sepanjang SPM ini.

“InsyaAllah saya buat yang terbaik untuk mengharumkan nama keluarga,” ujarnya yang ingin menjadi ahli perniagaan. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ki-spm-di-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list