CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5244|Reply: 0

TLDM belanja RM30 juta untuk baiki, naik taraf kemudahan pangkalan

[Copy link]
Post time 30-1-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode

ABDUL Rahman. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membelanjakan RM30 juta bagi kerja pembaikan dan menaik taraf Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Wisma Pegawai, Wisma Bintara dan Wisma Laskar di pangkalan TLDM di seluruh negara, tahun lalu.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, antara projek dilakukan adalah kerja naik taraf RKAT dan sekolah kebangsaan di Pangkalan TLDM Lumut.

Menurutnya, kerja pembaikan dan menaik taraf kemudahan turut dijalankan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kuantan dan Pangkalan TLDM Sandakan, selain pembaikan secara menyeluruh Menara Sri Pulai dan Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih.

"Pada tahun lepas juga, Kerajaan Sarawak pada 26 Disember lepas telah memberikan kelulusan bagi pembangunan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) bertempat di Samalaju, Bintulu dan kini dalam proses akhir perolehan tanah dan pembinaan dijangka bermula pada tahun ini.



"MAWILLA 4 ini adalah sangat penting bagi mempertahankan kedaulatan negara daripada insiden pencerobohan asing dan melindungi kepentingan sumber negara terutama sekali di Laut China Selatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Tahun Baharu dan Setahun Pemerintahannya sebagai Panglima Tentera Laut di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

Dalam ucapannya juga, Abdul Rahman berkata, Kementerian Kewangan sudah meluluskan permohonan perolehan tiga Littoral Mission Ship Batch Kedua (LMSB2) yang berkeupayaan kombatan untuk TLDM.

Menurutnya, rundingan teknikal spesifikasi dan klausa kontrak akan diadakan dengan firma terpilih sebaik sahaja surat niat dikeluarkan dan TLDM menyasarkan untuk menyelesaikan semua keperluan dokumen kontrak perolehan itu sebelum pertengahan tahun.

Katanya, TLDM juga akan terus memacu usaha untuk meningkatkan keupayaan dan memperkasakan armadanya dengan perolehan aset baharu seperti kapal Multi Role Support Ship (MRSS).

"Keperluan ini amat penting terutamanya dalam memastikan keperluan operasi logistik TLDM dan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di dalam negara mahupun negara serantau dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Saya yakin dan percaya melalui perolehan aset baharu tersebut, TLDM semestinya mampu melaksanakan operasi dengan lebih efisien dan efektif," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kemudahan-pangkalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.235161 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list