CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9942|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dengar bunyi letupan macam bom tiga kali

[Copy link]
Post time 29-1-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Johari (tengah) ketika meninjau keadaan rumah Mohtar (tiga dari kanan) yang hangus terbakar, di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pesara tidak menyangka bunyi letupan yang didengarnya merupakan petanda sebelum enam buah rumah sewa miliknya hangus terbakar, di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, di sini hari ini.

Menurut Mohtar Rahmad, 68, ketika kejadian kira-kira pukul 10 pagi, dia dan isterinya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat sebanyak tiga kali bersebelahan rumahnya.

Katanya, setelah diketuk pintu dan tingkap rumah oleh jiran tetangga, Mohtar keluar dan terkejut apabila mendapati enam buah rumah sewa yang terletak bersebelahan kediamannya sedang marak terbakar.

“Saya dan isteri tak fikir apa, terus lari selamatkan dokumen-dokumen penting sebelum keluar dari rumah. Ketika itu orang ramai yang berkerumun sudah menghubungi pihak bomba.

“Disebabkan rumah saya berada bersebelahan, habis semua perabot dan buku-buku hangus terbakar dijilat api. Tapi mujur kami dapat selamatkan diri.

“Setakat ini jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Selain itu, ujar Mohtar, sebuah lagi rumah pusakanya berusia 110 tahun yang berada di tengah-tengah rumah sewa itu juga musnah dijilat api.

Ujarnya yang telah menetap di sini sejak lahir lagi, sebelum kejadian, dia difahamkan salah seorang penyewa rumah berusia lingkungan 50-an sedang menyiapkan barangan jualan jagung kukus sebelum salah satu tong gasnya meletup.

Turut hadir meninjau ke lokasi kejadian adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Terdahulu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 10.18 pagi sebelum jentera dihantar ke tempat kejadian.

Ujarnya, seramai 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Tun Razak dan BPP Sentul digerakkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah separa kekal berkeluasan 8,800 kaki persegi, terbakar 100 peratus. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... acam-bom-tiga-kali/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.321133 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list