CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5534|Reply: 0

[Johor] Rakyat teruja nantikan Perarakan Diraja Sultan Johor

[Copy link]
Post time 29-1-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Bendera dipasang sepanjang laluan kira-kira 35.5 kilometer dari Istana Bukit Serene menuju ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarbangsa Senai bagi meraikan keberangkatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Istana Negara, Rabu ini. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Rakyat Johor teruja dan tidak sabar menantikan perarakan keberangkatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu ini.

Perarakan Diraja itu adalah bagi Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Laluan sepanjang 35.5 kilometer (km) bermula dari Istana Bukit Serene di sini, sehingga ke Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Senai akan ditutup pada pagi Rabu ini bagi perarakan berkenaan.

Tinjauan di sekitar laluan perarakan itu mendapati bendera negeri dan daerah dipasang di sepanjang laluan berkenaan.

Malah persediaan sedang giat dilakukan di pintu utama Istana Bukit Serene di mana perarakan berkenaan akan bermula pada 8 pagi.

"Ketika itu Sultan Ibrahim masih muda dan terkenal dengan kekacakan baginda.

"Apabila Sultan Ibrahim dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17, sudah pasti saya sangat teruja dan apabila ada perarakan keberangkatan baginda ke Istana Negara, saya tidak akan melepaskan saat istimewa iu dan akan menunggu di tepi laluan utama bagi melambai baginda," katanya ketika ditemui.

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula Rabu ini dan akan mula bersemayam di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, dijangkakan seramai 20,000 hingga 30,000 rakyat akan berbaris di sepanjang laluan melambai dan menyatakan sokongan kepada Sultan Ibrahim.

Pembantu kedai, Siti Noraniza Isnin, 29, pula berkata, dia tidak akan melepaskan peluang menyaksikan perarakan itu nanti.

"Ini saat istimewa yang tidak akan saya lepaskan apatah lagi tempat kerja saya terletak bersebelahan laluan utama perarakan pada Rabu ini.

"Saya akan mula menunggu di laluan utama di Kampung Pasir mulai 7 pagi untuk tidak terlepas saat istimewa berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, beliau menyeru masyarakat di kawasan berkenaan keluar beramai-ramai bagi menyaksikan perarakan bersejarah itu.

"Oleh kerana Parlimen Pulai menjadi antara laluan utama perarakan itu, orang ramai perlu mengambil peluang menyaksikan detik bersejarah ini.

"Saya juga akan hadir bersama rakyat Johor bagi memberi penghormatan kepada Sultan Ibrahim yang disayangi rakyat jelata" katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.091941 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list