CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5644|Reply: 0

[Johor] Gaduh guna parang, penyelia didenda RM7,000

[Copy link]
Post time 29-1-2024 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Hwee Tien didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku salah mencederakan mangsa menggunakan parang. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Penyelia sebuah syarikat didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki dengan menggunakan parang pada minggu lalu.

Tertuduh, Tan Hwee Tien, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan Tiu Yuan Jun, 26, dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Flora Utama, Taman Flora Utama, di sini, pada 3.30 pagi, 23 Januari lalu.

Dia juga boleh dihukum mengikut Seksyen 324 kanun sama dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan

Mengikut fakta kes, tertuduh bersenjatakan parang didakwa terbabit dalam satu pergaduhan yang menyebabkan mangsa cedera.

Dalam pergaduhan itu juga, tertuduh turut menerima rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan di dahi selepas dipukul menggunakan cota.

Satu laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 23 Januari lalu.

Polis kemudiannya menahan tertuduh dua hari kemudian, iaitu selepas menerima rawatan di hospital.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.093858 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list