CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5857|Reply: 0

[Negeri Sembilan] RM42 juta kerugian angkara scammer

[Copy link]
Post time 29-1-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode


Seremban: Sebanyak 2,216 kes penipuan dalam talian di rekodkan di negeri ini tahun lalu menyebabkan kerugian lebih RM42 juta.



-ADVERTISEMENT-













Ads by









Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, berlaku peningkatan sebanyak 192 kes berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, pada 2023 sebanyak 971 kes penipuan membabitkan pembelian atas talian dengan kerugian sebanyak RM9.77 juta iaitu jumlah kategori kes paling tinggi direkodkan.

"Manakala bagi penipuan pelaburan merekodkan jumlah kes kedua paling tinggi iaitu sebanyak 399 kes namun mencatatkan kerugian paling tinggi pada 2023 membabitkan lebih RM17 juta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, kes pinjaman tidak wujud pula mencatatkan 389 kes dengan kerugian RM2.6 juta, penipuan panggilan telefon 220 kes (RM8.3 juta), love scam sebanyak 81 kes (RM2.6 juta) dan 156 kes penipuan e-kewangan (RM1.9 juta).

Tambah beliau, bagaimanapun pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan berjaya menahan 926 individu bagi semua kategori penipuan atas talian tahun lalu.

Beliau berkata, sindiket penipuan dalam talian akan menggunakan pelbagai helah atau modus operandi bagi memperdaya mangsa, namun orang awam dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal.

Katanya, elemen permainan psikologi melalui panggilan telefon sangat efektif untuk mencetuskan perasaan ingin tahu, gembira, risau, panik dan cemas hingga pengguna bertindak segera tanpa berfikir panjang.

"Masyarakat dinasihatkan supaya menyemak laman sesawang atau kesahihan maklumat diberikan sama ia selamat atau sebalik dan jangan sesekali menekan pautan yang tidak diketahui atau mencurigakan.

"Polis mempunyai laman sesawang untuk menyemak nombor akaun menerusi Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melalui pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule," katanya.

Tambahnya, orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menjadi keldai akaun dengan menyerahkan atau menyewa akaun kepada pihak lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.072668 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list