CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10896|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 10 ahli sindiket ditahan disyaki edar dadah

[Copy link]
Post time 27-1-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode

Antara dadah yang dirampas hasil penahanan 10 ahli sindiket pengedaran dadah.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 ahli sindiket pengedaran dadah tumpas selepas ditahan di kawasan Jalan Syed Putra, sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan, Norhisham Mustapar berkata, serbuan tersebut terdiri daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields.

Katanya, pihak polis merampas 432 gram pil eramin, 5420 gram ganja, 254 gram methamphetamine dan 326 gram heroin dalam serbuan tersebut.

“Hasil saringan awal air kencing dapati enam suspek positif dadah, manakala empat suspek lagi negatif.

“Pihak polis juga merampas beberapa aset sindiket untuk tujuan sitaan RM 17,600, sebuah kereta Perodua Axia, motosikal Y15ZR dengan nilai keseluruhan rampasan dadah RM81,196,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan sitaan RM55,400 manakala nilai keseluruhan rampasan RM136,596.

“Pihak BSJND IPD Wangsa Maju, masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan punca bekalan dadah diperolehi.

“Suspek direman selama enam hari sehingga 30 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah itu mampu menampung seramai 2,500 penagih dadah dalam satu masa.

“Polis Kuala Lumpur berharap orang awam dapat menyalurkan maklumat berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang supaya tindakan dapat diambil ke atas perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... disyaki-edar-dadah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061234 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list