CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3361|Reply: 0

F1: Leclerc mahu balas budi Ferrari

[Copy link]
Post time 27-1-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode

LECLERC dikatakan melanjutkan kontrak bersama Ferrari selama lima tahun sehingga 2029. - AFP

LONDON – Pasukan Ferrari menyuntik semangat baharu buat pemandunya, Charles Leclerc selepas mengesahkan telah melanjutkan kontrak pemandu berusia 26 tahun tersebut.

Bagaimanapun, Ferrari tidak mendedahkan tempoh lanjutan kontrak baharu pemandu kelahiran Monaco itu yang mana perjanjian sebelum ini akan berakhir pada penghujung musim 2024.

Difahamkan, pasukan dari Maranello, Itali itu telah mengikat kontrak selama lima tahun hingga 2029 dengan anggaran nilai €25 juta (RM128.16 juta) setahun dan meningkat kepada €50 juta euro (RM256.31 juta).

Leclerc, 26, gembira dengan lanjutan kontrak tersebut setelah memulakan debut Formula Satu (F1) dengan pasukan Sauber sebelum menandatangani kontrak lima tahun bersama Ferrari pada 2019.

Katanya, ini adalah impiannya sejak berusia tiga tahun lagi untuk bersama pasukan Itali itu dan menjelaskan bahawa Ferrari adalah keluarga keduanya sejak bergabung dengan Akademi Ferrari pada 2016.

“Saya sangat gembira mengetahui bahawa saya akan terus memakai sut perlumbaan Scuderia Ferrari untuk beberapa musim akan datang.

“Untuk berlumba bersama pasukan ini adalah impian saya sejak berumur tiga tahun. Saya pernah menonton Grand Prix (GP) Monaco dari tingkap apartment rakan saya di Saint Devote dan sentiasa melihat kereta merah.

“Pasukan ini adalah keluarga kedua saya sejak menyertai Akademi Ferrari pada 2016. Kami telah mencapai banyak kejayaan bersama, malah berjuang melalui tempoh sukar sepanjang lima tahun yang lalu,” jelasnya.

Disebabkan itu, Leclerc mengakui sudah tidak sabar menunggu saingan musim baharu bermula untuk memberikan yang terbaik dan berdaya saing dalam setiap perlumbaan bersama Ferrari.

“Impian saya kekal untuk memenangi gelaran dunia bersama Ferrari dan saya pasti bahawa pada tahun-tahun akan datang, kami akan menikmati masa yang hebat dan menggembirakan peminat kami,” kata Leclerc. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... balas-budi-ferrari/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.187106 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list