Alor Setar: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 1.7 tan daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM52,000 ke Thailand di sempadan negara di Padang Terap, hari ini.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini berkata, daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacauan empat roda di kawasan hutan sempadan sektor OP Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada jam 7.15 pagi.
"Pasukan operasi yang sedang melaksanakan tugas rondaan berkenderaan telah menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max V-Cross Space Cab yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan dikawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.
"Hasil siasatan mendapati 116 buah bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 1,740 kilogram (kg) dan anggaran nilai sebanyak RM RM52,200 berada di dalam kenderaan terbabit.
Menurut kenyataan itu, kesemua bungkusan dan kenderaan tersebut dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM150,200 diserahkan kepada Balai Polis KualaNerang untuk tindakan lanjut.