CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6332|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Selepas abang, adik pula mendakwa dicabul tukang urut

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang selama enam hari sebelum ditemukan selamat di sebuah hotel terbiar berhampiran Pasar Seni di sini, pada 18 Januari lalu dipercayai turut dicabul.

Difahamkan, remaja terbabit membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa diperlakukan demikian oleh lelaki yang juga tukang urut berusia 43 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid yang mengesahkan menerima laporan berkata, siasatan masih dijalankan.

"Ada laporan dibuat. Kita (polis) masih siasat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Disyorkan



Pada 18 Januari lalu, Harian Metro melaporkan, remaja lelaki yang dilaporkan hilang bersama abangnya dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini, 1 Januari lalu ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim dilaporkan berkata, remaja itu tidur seorang diri di sebuah hotel terbiar berhampiran Pasar Seni, selama enam hari.

Terdahulu, remaja malang itu bersama abangnya berusia 17 tahun tinggal bersama seorang lelaki di sebuah hotel di Jalan Petaling sebelum mereka berjaya melarikan diri.

Pada malam 11 Januari, abang ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni sebelum adik lelakinya ditemukan selamat enam hari kemudian.

Berikutan itu, suspek didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.

Tertuduh, Hamid Khan Samoon, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dicabul-tukang-urut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060923 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list