CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5917|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang perlu bantuan pakar tangani isu gangguan bekalan air

[Copy link]
Post time 25-1-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

INSIDEN kebocoran besar pada bahagian saluran paip di dasar Sungai Perai yang berlaku secara mendadak. FOTO Facebook PBAPP

Georgetown: Parti Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri mendapatkan bantuan pakar dan jurutera bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan air yang kerap dihadapi rakyat.

Keadaan bertambah buruk susulan kebocoran besar paip air di dasar Sungai Perai yang berlaku sekali lagi, Selasa lalu sehingga menjejaskan pengguna di sebahagian dua daerah negeri ini.

Pengerusinya Oh Tong Keong berkata, kerajaan negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu mempunyai rancangan lebih komprehensif dalam menyelesaikan masalah gangguan bekalan air.

Menurutnya, kerajaan negeri juga perlu mengganti atau mengupah pakar atau jurutera air lebih berkebolehan termasuk di dalam atau dari luar negara sekiranya perlu.



Katanya, selain itu, pelan sandaran dan langkah penyelesaian jangka panjang perlu dilakukan bagi mengatasi gangguan bekalan air yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

"Kini gangguan bekalan air berlaku lagi tanpa amaran menunjukkan kerajaan negeri tidak mengambil ikhtibar terhadap krisis gangguan bekalan air yang lepas dan gagal menawarkan langkah penyelesaian.

"Simpati dengan rakyat Pulau Pinang yang berkali-kali berdepan dengan gangguan bekalan air. Adakah kerajaan negeri menguji kesabaran dan toleransi rakyat?" katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Tong Keong berkata, Jambatan Pulau Pinang berjaya siap dibina pada zaman pentadbiran Parti Gerakan.

"Adalah mustahil bagi kerajaan negeri jika masih tidak dapat memperbaiki paip di dasar Sungai Perai yang kerap kali bocor pada zaman teknologi semakin canggih.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri dan PBAPP perlu beri penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang berhubung insiden paip air di dasar Sungai Perai yang bocor sekali lagi kerana ia menyebabkan pengguna di lebih 60 kawasan di Pulau Pinang menghadapi gangguan bekalan air tanpa amaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angguan-bekalan-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.043945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list