CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10657|Reply: 0

MotoGP: Ducati tampilkan enjin baharu

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode

DUCATI enggan berpuas hati dengan meneruskan kerja-kerja menambahbaik jentera mereka untuk saingan musim baharu nanti. - AFP

BOLOGNA, Itali – Pasukan Ducati enggan dibuai kejayaan tahun lalu dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebaliknya berjanji untuk membawa perubahan terbaik pada jentera Desmosedici GP24 pada musim 2024 ini.

Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall’Igna berkata, antara perubahan yang mereka akan bawa pada musim baharu tersebut ialah pembangunan fairing, casis dan juga enjin baharu.

“Pastinya kami akan memiliki enjin yang lebih baik berbanding musim lalu. Apa yang boleh saya katakan, aerodinamik motosikal akan mengalami perubahan yang cukup besar.

“Tetapi, apa yang pasti akan ada perbezaan daripada apa yang anda lihat sebelum ini. Juga dari segi casis, kami telah membuat beberapa kemajuan. Saya harap kami mampu membuka kempen pada tahap terbaik sekali lagi,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkara yang merisaukannya terutama cabaran daripada pasukan lain, Dall’Igna berkata, dia lebih bimbang kemajuan pasukan Yamaha berbanding Honda.

“Pada tahun 2024, kami perlu lebih berhati-hati terutama perubahan peraturan iaitu ‘sistem concessions’. Semua pasukan boleh bangunkan jentera mereka tanpa had dan kami tidak boleh.

“Bagi saya, perkara yang membimbangkan saya ketika ini adalah kemajuan yang dicapai Yamaha berbanding Honda. Tidak lupa juga pasukan KTM dan Aprilia yang tampil kompetitif sejak dua musim lalu,” ujarnya. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ilkan-enjin-baharu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065237 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list