CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10510|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] ‘Gigolo’ rakam aksi lucah lebih 20 wanita dilanjutkan reman

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis melanjutkan reman selama empat hari berhubung kes lelaki tempatan yang dipercayai menjual video lucahnya dengan melakukan hubungan seks lebih 20 wanita menerusi media sosial.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam kenyataan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan terhadap suspek berusia 31 tahun itu bersama dua lagi wanita yang ditahan sebelum ini.

“Ketiga-tiga suspek masih direman hingga 26 Januari ini (esok).

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat setelah siasatan dilengkapkan,” katanya hari ini.

18 Januari lalu, media melaporkan lelaki tersebut ditahan bersama dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada pukul 2.30 petang, Rabu lalu.

Lelaki itu dikesan melalui hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.

Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, sejak awal tahun lalu.

Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara baharu merakam video dia melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.

Tidak hanya teman wanita, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo atau lelaki upahan, turut meniduri sebahagian pelanggan wanita dalam saluran aplikasi Telegram berkenaan.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengajak pelanggan melanggan menerusi pautan promosi yang diiklankan dalam aplikasi Telegram oleh suspek sebelum urusan pembayaran dipersetujui.

Selepas pembayaran dibuat, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk terus menonton video lucah yang dilakonkan dan dirakam suspek sendiri.

Setakat 16 Januari lalu, suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.

Semua pelanggan aplikasi ini adalah rakyat Malaysia daripada golongan lelaki miang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.

Ada antara wanita terbabit yang mempunyai keinginan meniduri suspek turut ditawarkan syarat supaya hubungan intim dirakam untuk jualan seterusnya.

Susulan itu, suspek bersama dua teman wanitanya dibenarkan ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Sesyen Jalan Duta, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara 19 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.- KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -dilanjutkan-reman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050316 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list