CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9442|Reply: 0

[Selangor] Tipu jumpa rakan, kantoi ‘punch card’

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian pekerja asing yang ditahan dalam operasi itu di sekitar Kapar, Klang, semalam.

KLANG – “Sorry (maaf) encik, saya hanya datang jumpa kawan dan bukannya kerja sini,”.

Itu alasan seorang lelaki warga Bangladesh sejurus dikejutkan tidur oleh anggota polis yang menggempur menerusi Ops Khas Aman 1 di sebuah kilang di sekitar Kapar di sini, semalam.

Tembelang pekerja berusia 30-an itu bagaimanapun terbongkar apabila rekod namanya tertera pada kad perakam waktu kilang tersebut serta gagal menunjukkan permit kerjanya lalu ditahan atas kesalahan Imigresen.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi bermula pukul 2.30 petang itu melibatkan tiga kilang masing-masing memproses barang elektronik dan plastik terpakai yang digempur secara serentak.

Jelas beliau, serbuan lebih tiga jam itu membawa kepada penahanan 66 individu termasuk 12 wanita berusia 20 hingga 40-an.

“Seramai 60 daripada mereka disyaki pekerja asing premis tersebut iaitu 31 warga Myanmar, Bangladesh (14), Kemboja (12) dan tiga India.

“Enam tangkapan lain pula melibatkan seorang warga tempatan dan lima warga China yang dipercayai mengurus dan menggajikan warga asing tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Soffian, kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Sepanjang tempoh tiga hari pelaksanaan operasi bersepadu itu berjaya menahan lebih 280 warga asing termasuk majikan.

Selain itu, empat remaja Myanmar berusia 14 hingga 16 tahun yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa antara sembilan individu yang turut berjaya diselamatkan polis. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -kantoi-punch-card/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.654778 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list