|
HEUNG-min dijangka menjadi watak penting Korea apabila bertemu Malaysia, esok. FOTO AFP
Doha: Jurang perbezaan ranking hampir 107 anak tangga tidak akan menggugat fokus pemain apabila Harimau Malaya turun berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, di sini, esok.
Jelas Safawi Rasid, kekuatan lawan tidak perlu dipersoalkan lagi dengan majoriti pemain mereka berpengkalan di Eropah sekali gus diibaratkan pertemuan umpama langit dan bumi.
Malah, kelibat dua bintang negara itu, Son Heung-min yang beraksi untuk Tottenham Hotspur serta pertahanan kental, Kim Min-jae dengan Bayern Munich antara pemain perlu diawasi.
"Kita pun tahu pasukan itu adalah pasukan Piala Dunia dan pemain dia. Macam sebelum ini kita pernah lawan dengan pasukan ranking lebih tinggi tetapi kita dapat keputusan yang positif.
"Jadi Korea sekarang dalam ranking 23 dunia, saya rasa tak ada masalah cuma kita macam saya cakap tadi, kita cuma ikut formasi dan taktikal jurulatih.
"Kalau kita ikut InsyaAllah kita akan dapat keputusan yang positif," kata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT).
Mengikut senarai 26 pemain Korea Selatan yang di bawa ke Piala Asia di Doha, Qatar ini, seramai 12 tonggak adalah pemain yang beraksi di Eropah.
Majoriti kelompok pemain berkenaan bermain bersama kelab-kelab utama di liga terbaik dunia seperti di Liga Perdana Inggeris di England, Bundesliga di Jerman, Ligue 1 di Perancis, Jupiler Pro League di Belgium dan banyak lagi.
Terdahulu, dua kekalahan di tangan Jordan dan Bahrain dalam aksi Kumpulan E Piala Asia menyaksikan Malaysia sah tersingkir dan perlawanan menentang skuad Taegeuk Warriors sekadar pelengkap jadual.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ugat-harimau-malaya |
|