CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7427|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengasuh tampar, ketuk kepala bayi didenda RM10,000

[Copy link]
Post time 24-1-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Pengasuh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menampar dan mengetuk dahi bayi lelaki berusia 11 bulan hingga menyebabkan kecederaan di sebuah kediaman di Putrajaya, awal bulan ini.

Tertuduh, Norliza Osman, 42, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

"Saya mengaku (bersalah)," katanya ringkas.

Dengan pengakuan bersalah itu, Siti Aminah juga mengarahkan wanita itu berkelakuan baik dengan bon jaminan berjumlah RM3,000 selama tiga tahun.



Ibu kepada dua anak itu turut diperintah melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Norliza sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menjaga seorang bayi lelaki didapati menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah kediaman di Presint 9, Putrajaya antara 10 pagi hingga 12 tengah hari, 2 Januari lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai perubatan Hospital Putrajaya menerima pesakit iaitu bayi berkenaan yang dibawa ibu bapanya untuk rawatan.

Doktor mendapati bayi berkenaan mempunyai kecederaan lebam dan calar di dahi, pipi dan telinga kanan akibat didera.

Tertuduh kemudian mengaku menampar dan mengetuk dahi dan pipi sekuatnya di hadapan ibu bapa bayi berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Norliza yang tidak diwakili peguam merayu supaya tidak dihukum penjara kerana mempunyai anak masih bersekolah dan kurang upaya serta perlu menguruskan kehidupan seharian mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayi-didenda-rm10000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062433 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list