CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7274|Reply: 0

[Perak] Siapa 'makmum' itu?

[Copy link]
Post time 24-1-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video dimuat naik Raja Muhammad Al-Mahi Raja Badrol Hisham di TikTok. FOTO Tangkap layar TikTok

Sitiawan: "Waktu itu saya seorang saja, namun tak sangka pula ada yang nak solat sama dengan jadi 'makmum'," kata Raja Muhammad Al-Mahi Raja Badrol Hisham.

Kejadian itu berlaku ketika dia singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Perak baru-baru ini.

Video mengenai kejadian itu yang dikongsi Raja Muhammad Al-Mahidi di TikTok mendapat perhatian warganet dan sehingga kini meraih lebih 3.1 juta tontonan.

Bercerita lanjut, Raja Muhammad Al-Mahi berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Pantai Remis, Perak.



"Pada hari itu, saya bertolak dari Kuala Lumpur pada 1 pagi sebelum tiba di R&R berkenaan pada 3.40 pagi.

"Saya berseorangan dan singgah di R&R untuk solat serta berehat memandangkan perjalanannya masih jauh iaitu kira-kira lebih satu jam lagi untuk sampai ke rumahnya.

"Ketika masuk rakaat terakhir, saya sedar ada sesuatu menepuk bahu dan kemudiannya seperti ada angin sekali lalu.

"Ia membuatkan saya hilang fokus seketika namun habiskan juga solat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selesai solat, Raja Muhammad Al-Mahi melihat tiada siapa di belakangnya dan tanpa berlengah terus keluar dari surau dan segera beredar daripada kawasan R&R itu.

"Mulanya saya bercadang mahu berehat lebih lama dan solat Subuh di situ sebelum meneruskan perjalanan.

"Disebabkan kejadian itu, saya terus angkat kaki kerana seperti tidak sedap hati untuk duduk lebih lama.

"Waktu sampai di situ dan sebelum beredar, saya tengok memang tidak ada sesiapa di kawasan sekitar, jadi saya tidak tahu makhluk apa yang ada di surau itu," katanya.

Menurut Raja Muhammad Al-Mahi, perkongsiannya di TikTok mendapat reaksi yang bercampur baur dengan sebahagiannya percaya dan ada juga mendakwa ia hanya rekaan bagi menarik perhatian.

"Ada juga yang mempertikaikan tujuan saya merakam video ketika solat dan saya faham mereka mungkin nampak ia tidak patut.

"Tapi niat saya rakam sebenarnya untuk lihat semula cara solat dan bacaan sebagai persediaan menjadi imam solat Tarawih tidak lama lagi.

"Tak terfikir pun nak jadikan ia satu 'content' atau menakutkan sesiapa.

"Dalam situasi seperti itu (diganggu), tak perlu takut sebab dalam dunia ini bukan hanya ada manusia tetapi juga makhluk lain yang tak dapat dilihat dengan mata kasar termasuk jin.

"Jadi, teruskan saja walaupun sedar ada 'makmum' tidak diundang di belakang kerana tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah SWT," katanya yang aktif berkongsi ilmu agama di TikTok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 14/siapa-makmum-itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 1.356339 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list