CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5132|Reply: 0

[Selangor] Barang kes bernilai RM1.58 juta dilupuskan

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Khairi (tiga kanan) menunjukkan sampul berisi barang kes yang dilupuskan pihaknya pada majlis di Balai Polis Kapar, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KLANG – Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM1.58 juta melibatkan 402 kertas siasatan sepanjang 2021 hingga 2023 di Balai Polis Kapar, di sini, hari ini.

Ini melibatkan 5,520 barang kes melibatkan perjudian, kontraban, pelaburan bitcoin selain wang tunai berjumlah RM66,904 yang dirampas sepanjang tempoh itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, kesemua barangan kes dibuat dengan cara menghancurkan mesin berkenaan secara manual manakala pelupusan secara pemeruapan dan kitar semula melibatkan minuman keras.

Katanya, wang tunai pula diserahkan kepada perbendaharaan Malaysia bagi tujuan pelupusan.

“Proses pelupusan tersebut dilakukan oleh syarikat yang menerima pensijilan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi melakukan pelupusan aset-aset kerajaan selaras Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007,” katanya berucap pada Majlis Pelupusan Barangan Kes Bahagian SIasatan Jenayah IPD Klang Utara di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan berlaku peningkatan indeks jenayah sebanyak tujuh peratus iaitu 877 kes direkodkan tahun lalu berbanding 816 kes pada 2022.

“Paling banyak direkodkan adalah kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan. Kebanyakannya melibatkan orang tempatan dan pesalah yang melakukan kesalahan berulang.

“Justeru, kita melancarkan Operasi (Op) Aman yang berjalan secara bersepadu dengan ibu pejabat Bukit Aman, Ibu pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan IPD Klang Selatan sejak 15 Januari lalu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... 58-juta-dilupuskan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065431 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list