CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4589|Reply: 0

[Perak] Pesara JKR didenda RM30,000 tipu permohonan permit kerja

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Zainuddin (kanan) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan permohonan permit kerja bahan batuan pasir, 12 tahun lalu.

IPOH – Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan permohonan permit kerja bahan batuan pasir 12 tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Zainuddin Bontak, 65, juga berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Ahmad Zainuddin mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit yang ketika kejadian bertugas sebagai pembantu awam JKR Cawangan Mekanikal Ipoh didakwa memperdaya seorang ahli perniagaan berusia 52 tahun dengan mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM30,000 bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan pasir di negeri Perak.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Tambun, Sunway City di Ipoh pada pukul 11 pagi, 19 Oktober 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh membayar denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... honan-permit-kerja/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.617258 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list