CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12970|Reply: 0

[Tempatan] Rumah sesuai dengan gaji

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Sebab apa? Bukan senang-senang untuk korang beli rumah, dan ada banyak lagi perkara yang korang kena tahu. Jadi apa sebenarnya yang korang perlu tahu? Jom baca artikel ni!


1. Preparation sebelum korang beli rumah


Sumer imej: iProperty

Tak kira berapa gaji korang, benda ni memang kena ambik tahu. Bila korang tak tahu atau buat-buat tak tahu, nanti takut jadi terbeban bila korang beli rumah tanpa ilmu basic di masa hadapan.

Sebenarnya, beli rumah ini bukan benda yang remeh. Harga rumah boleh mencecah puluh ribu hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, ada tiga perkara yang sangat penting untuk korang buat preparation iaitu:

I. Tahu matlamat atau sebab apa korang beli rumah

Yang pertama, tahu matlamat atau sebab apa korang beli rumah. Jangan cakap  beli rumah sebab saja-saja, sebab nak flex dekat media sosial. Itu jalan ke neraka wang ye adik-adik.

Pastikan korang jelas dengan matlamat untuk beli rumah, sama ada untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan. Bagi setiap matlamat ini, ketahui risiko bagi pembelian rumah sama ada untuk tinggal sendiri atau sebagai satu pelaburan.

Contoh faktor risiko yang korang kena ambil kira ialah:
Tinggal sendiri
  • Kalau untuk tinggal sendiri, lepas tu korang pilih dekat dengan tempat kerja, kena fikir risiko kalau dibuang kerja atau ditukarkan tempat kerja


Pelaburan
  • Kalau buat pelaburan hartanah, ada risiko sama ada tiada penyewa atau berlaku kerosakan atau kerugian yang perlu ditanggung

II. Tahu kos lain beli rumah (cukai, maintenance)
Bile dah jelas matlamat, tahu risiko, ingat harga rumah tu bukan semata-mata harga rumah je. Ada banyak lagi kos tambahan yang lain perlu dikeluarkan sebelum boleh beli rumah seperti kos guaman, duti setem, caj Sales and Purchase Agreement (SPA) dan sebagainya.
Lepas beli rumah, ada pula cukai tanah, cukai pintu dan juga yuran maintenance. Haaa jadi ingat, pastikan korang dah prepare siap-siap dalam otak, apa yang korang kena tahu sebelum beli rumah!

Korang pun boleh pertimbangkan pinjaman peribadi. Yang bestnya, tak perlu dah pening pikirkan pelan apa yang sesuai untuk korang. Boleh 'customize'! Nak tahu lebih? Klik gambar di bawah.
Nak tahu anggaran kos beli rumah? Boleh check dekat kalkulator pinjaman perumahan Loanstreet

2. Rule of 200
Sumber imej: Blog Mamy Syu

Rule of 200 ni korang boleh gunakan untuk tahu maksimum kelayakan pinjaman rumah yang korang boleh buat. Selepas kira gaji tolak dengan komitmen, asingkan sejumlah bulanan yang korang rasa selesa dan tidak terbeban untuk bayar.

Kalau boleh, bayaran ansuran bulanan jangan lebih 35% gaji. Sebab apa, korang masih perlukan lebihan gaji tu untuk belanja keperluan bulan-bulan.

Jom kita tengok macam mana nak guna rule of 200 ni:
ANSURAN BULANAN X 200= HARGA MAKSIMUM RUMAH
CONTOH:
[tr][/tr]
GAJI
35% GAJI (MAKSIMUM ANSURAN BULANAN)
HARGA RUMAH MAKSIMUM (ANSURAN BULANAN MAKSIMUM X 200)
CONTOH PASARAN RUMAH
RM1800
RM630
RM126 000
LELONG, SUBSALE
RM2000
RM700
RM140000
LELONG, SUBSALE
RM3000
RM1050
RM210000
LELONG, SUBSALE
RM4000
RM1400
RM280000
LELONG, SUBSALE

3. Faham faktor yang bank kira untuk layakkan pinjaman

Sebenarnya, secara ringkasnya macam ni:

Rule of 200 boleh bantu korang untuk dapatkan anggaran harga maksimum rumah dan anggaran ansuran bulanan, tapi untuk dapatkan pinjaman korang kena mintak dengan sape? Bank.

Korang akan pinjam duit dengan bank, jadi untuk tahu harga rumah yang sesuai dengan gaji, korang kena ambil kira faktor apa bank decide untuk layakkan korang dapat loan.

Bank akan kira beberapa faktor untuk luluskan pinjaman korang dan menentukan korang layak atau tidak. Setiap bank ada kriteria berbeza mengikut apa yang dorang telah tetapkan.

Secara umumnya, ni faktor yang bank tetapkan untuk tentukan korang layak atau tak untuk pinjaman:
  • Pendapatan bersih
  • DSR
  • Net disposable income
  • Ada skor kredit yang bagus
  4. Kira pendapatan bersih

Yang ni formula paling simple untuk korang kire:
Formula pendapatan bersih:
Gaji kasar - potongan tetap =

Contoh Fazura ada gaji kasar sebanyak RM 1 500 ada potongan tetap sebanyak RM 300. Jadi hasil tolak gaji bersih Fazura sebanyak RM 1 200. Simple kan?

Nak tahu minimum berapa pendapatan bersih bank terima?  Yang tu, kena tanya setiap bank berapa minimum pendapatan bersih yang diorang terima.
5. DSR (Debt service ratio)

Secara mudahnya, maksud DSR ini ialah nisbah hutang kepada pendapatan bersih.

Pengiraan DSR ini digunakan untuk tahu berapa banyak gaji bulan-bulan bayar untuk hutang.

Sebab apa? Bank nak tahu korang ni mampu ke tidak bayar balik dekat bank ansuran bulanan tu.

Biasanya bank tetapkan DSR sebanyak 60% ke 70%, tapi tak semestinya begitu. Tanya bank masing-masing yang nak buat pinjaman.

Ini formula yang korang kena tahu untukDSR:
DSR= Total komitmen hutang yang ada (termasuk installment bulanan rumah baru) / pendapatan bersih

Total komitmen hutang- Listkan sendiri hutang pinjaman yang korang ada.

Anggaran installment bulanan baru- Buat anggaran guna kalkulator pinjaman perumahan Loanstreet.

6. Net Disposable Income

Seterusnya, Net Disposable Income. Secara ringkasnya bank nak kira dengan segala komitmen, NDI atau balance yang korang ada, logik atau tak korang boleh survive dengan balance yang ada.

Sebab dorang pun nak tahu mampu tak korang teruskan dengan balance NDI untuk sara hidup korang bulan-bulan.

Ada bank yang tetapkan NDI ni berbeza bandar dengan luar bandar sebab bergantung kepada kos sara hidup. Nak tahu berapa NDI yang bank korang nak apply ni terima? Sekali lagi, angkat phone dan call tanya bank korang.

Formula NDI:
Pendapatan Bersih - Semua Komitmen Hutang - Komitmen hutang baru = NDI

Kita buat sedikit pengiraan. Contoh pendapatan bersih Sarah RM 2400 selepas ditolak KWSP. Ada komitmen hutang kereta Saga sebanyak RM 400. Anggaran installment baru dia adalah RM 800.

Jadi,

RM2400 - RM400 - RM800= RM1200 #NDI Sarah

TIPS: Boleh guna kalkulator kelayakan ni untuk mudahkan pengiraan korang.

7. Skor kredit yang bagus



Bukan skor kad kredit banyak hutang ye, skor kredit ni nak tengok korang ok tak bayar hutang loan, ada masalah tak. Kalau bayar benda lain setiap bulan pun tertunggak, lagi lah bank takut nak bagi pinjaman.

Nampak remeh kan, tapi ini salah satu kriteria yang bank akan tengok. Jadi, jaga skor kredit korang bagus-bagus.

Ada beberapa mitos atau salah faham tentang rumah dan gaji yang kami nak kongsikan jugak:

Gaji kecil tak boleh beli rumah

Gaji kecil sebenarnya boleh beli rumah, dengan harga yang sesuai dengan gaji korang dan korang betul mampu nak bayar (ada rumah kos rendah, skim rumah mampu milik dan sebagainya.

Bila korang gaji kecil, boleh kukuhkan lagi dengan tambah pendapatan. Pastikan ada transaksi dalam bank, sebagai dokumen untuk kukuhkan permohonan korang.

Kitorang tahu susah dengan gaji kecil untuk beli rumah, tapi tak mustahil dan memang banyak kesenangan yang kena korbankan. Kalau korang betul-betul nak buat, kami sokong 100% dan tabik spring!

Kawan saya gaji sama dengan saya boleh lulus, kenapa saya tak lulus dan  tak layak pinjaman perumahan?

Ingat, jumlah gaji tak semestinya menentukan kelulusan. Sebab apa? Komitmen berbeza setiap individu dan ada banyak faktor lain yang diambil kira seperti yang kami kongsikan.

Ingat, apa-apa korang buat, pastikan ada ilmu. Untuk beli rumah yang sesuai dengan gaji korang, pastikan korang tahu berapa bayar ansuran bulanan yang korang mampu. Selepas itu, faham faktor bank ambil kira untuk kelayakan rumah.

Apa pun keputusan yang korang buat, pastikan buat pengiraan betul-betul. Apa pun, kitorang ucapkan semoga berjaya memiliki rumah pertama!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.341659 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list