CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12116|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Gagal seludup daging babi, lembu sejuk beku bernilai RM2.65 juta

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

JKDM merampas 165.8 tan daging babi dan lembu sejuk beku disyaki cuba diseludup dari negara jiran ke Lembah Kalang. FOTO Ihsan JKDM

Kuala Lumpur: Cubaan menyeludup 165.8 tan daging babi dan lembu sejuk beku dari luar negara berjaya dipatahkan menerusi tiga serbuan Ops Beku di tiga lokasi sekitar Lembah Klang.

Operasi itu dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula 27 Disember hingga 17 Januari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, secara keseluruhan pihaknya berjaya merampas daging beku dianggarkan bernilai mencecah RM2.65 juta.

Menurutnya, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan membuat pengikraran palsu pada borang kastam bagi mengaburi pihak berkuasa semasa menggunakan kemudahan pemindahan barang transit yang disediakan.



"Serbuan pertama pada 27 Disember jam 11 pagi oleh JKDM Zon Tengah Unit 1 (WPKL) menggagalkan cubaan membawa masuk dagangan sejuk beku disyaki keratan daging babi melalui dua kontena dari negara jiran di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

"Hasil pemeriksaan menemui muatan makanan beku tidak berkastam seberat 56,000 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM840,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan kedua JKDM merampas 24,300 kg daging lembu sejuk beku disyaki tidak berkastam kerana tidak memiliki lesen import dan cuba diseludup menggunakan sebuah kontena yang menuju ke selatan tanah air dari Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, di Selangor.

Katanya, serbuan ketiga mencatatkan rampasan terbesar membabitkan 85,500 kg daging babi sejuk beku ditemui di dalam tiga kontena dianggarkan bernilai RM 1.54 juta menerusi serbuan ke atas sebuah gudang di Jalan Sungai Lalang, Semenyih di Selangor.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga kontena sejuk bersama dua pekerja warga Myanmar yang ditahan menemukan barang dagangan disyaki daging babi sejuk beku tidak berkastam.

"Pengimportan komoditi sejuk beku adalah tertakluk pada Butiran 1(1) Jadual Ketiga Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 yang memerlukan permit import dengan kelulusan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Veterinar (DVS)," katanya.

Menurutnya, kesemua pengimport terbabit membuat ikrar palsu atau mengelirukan pada borang kastam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, sindiket terbabit tidak memiliki permit import dan menyalahgunakan kemudahan Pemindahan Barang Dalam Transit melalui mod darat yang disediakan JKDM.

"Kes-kes terbabit disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu di bawah Seksyen 135 (1)(d) kerana menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam atau larangan import.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang sepuluh kali ganda nilai duti kastam atau RM100,000 yang mana nilai lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Jika sabit kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang sepuluh (10) kali amaun duti kastam atau RM 100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh (20) kali nilai barang atau RM 500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bernilai-rm265-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069937 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list