Seramai 1,197 calon simpanan fasa kedua pegawai perubatan dan pegawai farmasi diserap ke jawatan tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meluluskan pelantikan itu pada September tahun lalu dan Januari lepas.
KKM, dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, pelantikan itu melibatkan 857 calon pegawai perubatan dan 340 pegawai farmasi.